Header Ads

Pereka Fesyen Bongkar Rahsia Sepanjang 15 Tahun Menjadi 'Tukang Jahit' Tunku Azizah & Al-Sultan Abdullah


Pereka fesyen terkenal tak lain tak bukan Datuk Rizalman Ibrahim berkongsi rasa teruja dan gembira dengan pelantikan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan pada 6 Januari lepas, mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada hari ini bagi tempoh lima tahun.

BACA : Sultan Pahang Sah Menjadi Yang Di-Pertuan Agong Ke-16

BACA : Biodata Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah & Tengku Panglima Besar Pahang, Putera Kepada Yang Di-Pertuan Agong




Istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan diadakan pada Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-252 (Khas) di  Balairung Seri, Istana Negara akan turut menyaksikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.

Terharu menjadi tukang jahit


Menurut Rizalman, beliau terharu apabila diberi kepercayaan untuk bertindak sebagai 'tukang jahit' buat baginda Sultan dan isteri, Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersempena hari bersejarah itu.







A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on


15 tahun mencipta busana baginda dan isteri


Menurut mstar online, Rizalman berkata, sebagai seorang yang sudah bekerja rapat dengan baginda sekeluarga saya amat gembira dengan pemilihan Sultan Abdullah dan sebenarnya ramai tidak tahu sudah 15 tahun saya mereka busana baginda dan Tengku Ampuan Pahang.


Rizalman juga menjadi tukang jahit kepada 5 puteri kesayangan Baginda Sultan

Bercerita detik manis bersama keluarga diraja itu, Rizalman memberitahu beliau pertama kali melihat Tunku Azizah adalah ketika baginda muncul sebagai wajah muka depan sebuah majalah pada 1980-an.

Kagum pemilihan fesyen Tunku Azizah


Rizalman begitu kagum dengan pemilihan fesyen Tunku Azizah yang ringkas namun mempunyai keistimewaan tersendiri.

Apabila baginda mengenakan hijab, saya tambah selendang yang menutupi bahagian depan dan rekaan itu saya hanya buat untuknya sahaja.

Tertarik fesyen baju kolar bulat dan bahu berkedut


"Ketika itu saya tertarik dengan pemilihan fesyen baginda mengenakan baju kolar bulat dan bahagian bahu berkedut. Rantai mutiara yang dipakai juga melengkapkan gayanya.

Baginda Tunku Azizah mempunyai keunikan tersendiri


"Pada era 1980-an fesyen ketika itu semuanya sangat luar biasa dan berlebih-lebihan namun pemilihan ringkas baginda untuk majalah tersebut membuatkan baginda mempunyai pesona tersendiri.

Sudah lama mengimpikan bertemu dengan Tunku Azizah


Sejak daripada itu, Rizalman berniat dan mempunyai impian untuk bertemu baginda sekali gus menghasilkan pakaian untuknya suatu hari nanti.

Katanya, dia beruntung kerana impiannya itu menjadi kenyataan malah tidak menyangka hubungan mereka kekal karab sehingga ke hari ini.

Menurut Rizalman juga, apabila pertama kali bertemu dengan baginda, dia seakan tidak percaya, malah terus cerita kepadanya tentang penampilannya menerusi majalah tersebut.

Lambang fesyen tersendiri

"Saya beritahu kepada baginda kolar bulat dan bahu berkedut adalah lambang dirinya dan sehingga ke hari ini saya masih mengekalkan elemen itu dalam setiap pakaian yang Rizalman hasilkan buat baginda.

Rekaan istimewa hanya untuk Tunku Azizah






"Apabila baginda mengenakan hijab, saya tambah selendang yang menutupi bahagian depan dan rekaan itu saya hanya buat untuknya sahaja.

Suka menjamu rakyat jelata



Tunku Azizah terkenal sebagai anak raja berjiwa rakyat apabila sering mencemar duli untuk turun padang menjenguk rakyatnya terutama apabila negeri Pahang dilanda bencana seperti banjir.

Baginda juga berkebolehan memasak dan sering menjamu rakyat jelata dengan masakannya.

Sumber : mstar , Rizalman 

No comments

Powered by Blogger.
a