Header Ads

'Suplemen Atau Produk Online' Nak Tambah Tinggi Tu Berkesan Ke? Baca Penjelasan Kajian Saintifik Ini


Pelbagai produk yang keluar dipasaran dengan pelbagai cara pemasaran. Cara pemasaran yang paling berkesan adalah dengan mengatakan produk mereka boleh menghasilkan kesan yang ketara kepada pemakai.
Daripada kebolehan merawat kencing manis hinggalah merawat kanser. Sedangkan mereka sendiri tidak mengkaji adakah produk mereka benar-benar berkesan seperti apa yang mereka nyatakan.

Dalam post ini, kami ingin menceritakan pula berkenaan produk makanan yang dikatakan boleh tambah ketinggian.
Mungkinkah anda menambah ketinggian dengan mengambil Produk Supplement UBAT TINGGI? Ini perkongsian dari Dr Mahyuddin Mohamed iaitu Pakar Bedah Ortopaedik.

Saya ditanya mengenai Ubat Tinggi yang dijual dipasaran. Ubat Tinggi? Terkedu saya. Ramai sebenarnya yang nak jadi tinggi ni, ala2 Angelina Jolie gitu.

Anda ditipu hidup2. Ini MITOS. Jika anda sudah mencapai usia dewasa, ketinggian TIDAK akan berlaku lagi. Apatah lagi produk ini mendakwa boleh menambahkan ketinggian antara 2cm ke 15 cm. WoW! Tingginya saya nanti!

Buat individu & syarikat yang menjual supplement, jika nak dakwa apa2 sekalipun, biarlah ada dasar ilmunya. Bukannya sekadar testimoni semata. Kalau nak juga berdasarkan testimoni, di sini saya share juga testimoni orang yang dah pakai produk ni & TAK TINGGI PUN!


Bagaimana panjang bertambah?

Perlu diketahui oleh para pembaca yg ketinggian bertambah disebabkan wujudnya satu lapisan yg dinamakan sebagai ephyphiseal plate(growth plate) yg terletak dibahagian hujung tulang.
Growth plate terletak pada hujung tulang. Bahagian inilah yang akan menyebabkan penambahan ketinggian pada seseorang individu
Lapisan growth plate ini terdiri drpd tisu rawan(cartilage) yg mempunyai beberapa jenis sel iaitu:
1) sel chondrocytes: berfungsi utk menambahkan tisu rawan agar tulang semakin panjang
2) sel osteoblast: berfungsi sebagai sel yang akan mengeraskan tisu rawan supaya ia menjadi tulang. Ia berlaku dgn cara sel osteoblast meletakkan unsur kalsium ke dalam tisu rawan tersebut

Makna kata, chondrocytes hasilkan tisu rawan dan osteoblast pula akan mengeraskan tisu rawan itu supaya menjadi tulang. Perbuatan yang berulang-ulang ini akan menyebabkan tulang semakin panjang.


Apa yang mempengaruhi Growth plate?

Perlu diketahui bahawa, ephyphiseal plate sangat dipengaruhi oleh ‘growth hormone’ yg dihasilkan pada kalenjar pituitary pada otak.Jika hormone tersebut berada pada tahap yang sepatutnya, maka ketinggian sesorang itu pun akan bertambah seperti biasa
Jika hormon tersebut terlampau banyak ia akan menyebabkan seseorang itu mempunyai ketinggian yang luar biasa dan penyakit ini dikenali sebagai ‘gigantism’
Pesakit yang mengalami penyakit ‘Gigantism; mempunyai ketinggian yang luar biasa


Seseorang itu akan berhenti meninggi bila berumur 19-21 tahun

Kajian yg dibuat pada tikus, menunjukkan hormon estrogen yg tinggi ketika baligh akan menyebabkan sel condrocytes mengalami ‘apoptosis’(sel itu mati). Ia akan menyebabkan tisu rawan(cartilage) tidak dapat dihasilkan. Dan akhirnya semua tisu rawan tersebut akan ditukarkan menjadi tulang oleh sel osteoblast.
Maka, growth plate hilang kerana berubah menjadi tulang. Bila tiada ephyphiseal plate, maka tiada penambahan dalam ketinggian.
Begitu juga yang berlaku pada manusia, apabila telah mencapai umur 19 ke 21, growth plate akan hilang dan manusia akan berhenti memanjang.
Graf ketinggian  untuk kanak-kanak lelaki ini menunjukkan bahawa pertambahan ketinggian manusia akan semakin mendatar apabila berumur 19-21 tahun
Kesimpulan: Tiada produk makanan yang boleh tambah ketinggian terutamanya yang sudah berumur 20 tahun lebih.

No comments

Powered by Blogger.
a