Header Ads

Tak Mahu Isteri Pakai Baju Sama, Suami Belikan 55,000 Helai Gaun Untuk Isteri


Seorang suami yang sangat menyukai gaun, tanpa jemu membelikan gaun untuk isterinya. Apabila si suami sering membelikan gaun tersebut, mereka tak menyangka gaun mereka boleh mencecah kira-kira 55,000 koleksi gaun pelbagai jenis warna dan fesyen kemas tersusun di dalam sebuah bilik di rumah mereka. Kesemua gaun tersebut dikatakan tidak boleh didapatkan di mana-mana butik di luar.

Paul Brockmann yang berusia 80 tahun membelikan pelbagai fesyen gaun untuk isterinya supaya beliau tidak perlu memakai baju yang sama setiap kali ada acara atau kegunaan harian.
“Setiap kali saya jumpa baju yang cantik dan saya betul-betul suka, saya pasti akan membeli untuk isteri saya supaya dia tidak perlu memakai baju yang sama berulang-ulang,” jelasnya.
Tambah Paul lagi, dia mula minat membeli pelbagai jenis gaun buat isterinya semenjak kali pertama berjumpa dengan isterinya dan dia memakai sehelai gaun yang membuatkannya kelihatan cantik.
“Isteri saya kelihatan sangat cantik memakai gaun pada malam itu dan bermula dari situ saya menanam azam untuk membelikannya gaun yang banyak.

"Setiap malam kami menari dan saya jatuh cinta pandang permata setiap hari dengan isteri saya apabila dia memakai gaun yang saya belikan"

“Saya minat dengan fesyen-fesyen baju dan isteri saya mengikuti kehendak saya,” ujarnya.
Si isteri juga mengakui suaminya yang lebih meminati pakaian gaun berbanding dirinya yang merasakan tidak memakai gaun pun tiada masalah baginya.
Bagaimanapun, anak perempuan pasangan tersebut memberi saranan kepada mereka untuk tidak lagi membeli baju tetapi menjual separuh baju-baju tersebut berikutan tempat penyimpanan barang sudah dipenuhi dengan kain baju.
Sumber : New York Post 

No comments

Powered by Blogger.
a