Header Ads

'Tak Sampai 5 Minit Buat Gambar Passport Sendiri, Tak Payah Pergi Kedai Gambar!' - Gadis Ini Ajar Guna Cuma 1 Aplikasi


Gambar pasport rupanya boleh buat sendiri je tanpa perlu pergi ke kedai gambar habis berbelas ringgit dan mungkin berpuluh sebab mengikut kepingan gambar yang kita mahu.

Zaman dah canggih dengan kemudahan digital yang ada iaitu smartphone masing-masing, semua boleh buat dihujung jari. Tak pandai edit ? Tapi gambar Instagram semua ribu-ribu likes nampak. Dari situ lah anda semua boleh gunakan skill edit sikit-sikit yang ada untuk kecerahan gambar. Dengan hanya menggunakan 1 Aplikasi ini, tak sampai 5 minit, gadis ini berkongsi ilmu di laman Facebook. 

1. Pertama sekali, download apps PICSART





2. Selesai download, tekan edit & masukkan gambar yang mahu digunakan untuk gambar pasport anda





3. Kemudian, tekan CUTOUT








4. Bila dah tekan CUTOUT tadi tu, akan keluar 2 simbol, sila tekan simbol kepala dan badan orang. Automatik gambar akan di edit siap-siap. Jika mahu adjust lagi, sila tekan simbol di sebelahnya dan anda boleh edit sehingga anda berpuas hati.








5. Jangan lupa tekan 'SAVE' dan automatik akan masuk dalam album anda.Ini dia hasil selepas anda tekan CUTOUT. 







6. Ingat ye jangan cemas jika backgroud asal hilang.

7. Kemudian, buka semula PICSART & cari background yang berwarna biru (BLUE BACKGROUND) atau PLAIN BACKGROUND bergantung kepada tujuan gambar pasport anda buat. Selepas itu, klik gambar background yang anda mahu.













8. Masukkan gambar yang anda dah siap CUTOUT tadi.



9. Dia akan jadi macam ni bila korang add photo, ha masa ni korang buat cantik cantik dan crop apa yang tak perlu. Kalau tak reti crop kat sini, crop dekat dekat gambar album korang nanti pun boleh. Kemudian, tekan SAVE.










10. SIAP!





Sumber : Umairra Razali






No comments

Powered by Blogger.
a