Header Ads

Tips Minda Sentiasa Fokus Dan Cerdas


Otak merupakan salah satu bahagian yang paling penting pada tubuh setiap manusia kerana tugas otak adalah mengawal segala gerakan tubuh. Otak yang baik dan sihat serta dilatih untuk bekerja dengan baik, bukan sahaja kemampuan fizik malah kemampuan kognitif juga ikut berkembang.

Banyak orang yang berpendapat bahawa kecerdasan otak dapat diperoleh secara instant, namun sebenarnya untuk memiliki otak yang baik, otak perlu dilatih untuk sentiasa peka,cerdas dan fokus. Berikut beberapa latihan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan daya pemikiran agar lebih cerdas dan fokus.

1. Membaca Buku Fiction atau Non-Fiction. Amalan membaca mampu mengaktifkan sel otak untuk bekerja ketika menggambarkan jalan cerita. Buku fiction merangsang otak untuk memahami perspektif yang berbeza sekaligus berimaginasi karakter untuk setiap watak  sementara non fiction menambahkan pengetahuan.
Teroka tempat baru
Tidak perlu ke tempat jauh, jelajah setiap pelusuk di tempat tinggal anda pun sudah cukup kerana banyak orang baru yang boleh anda ajak borak seterusnya tambah hal baru dan pengetahuan baru.

2. Main permainan yang berasaskan strategi
Bermain teka-teki, origami, catur dan juga puzzle adalah suatu cara untuk meningkatkan spatial skills/logic skills. Permainan tersebut dapat mengaktifkan dan meningkatkan fungsi otak kanan dengan ‘memanipulasi’ sesuatu benda sesudah membayangkan bentuknya dalam minda.

3. Mengatasi gangguan mudah stress dan sikap gelabah/cemas/risau
Menurut pengkaji dari Universiti Gothenburg di Swedia menunjukkan bahawa peningkatan rasa cemas terjadi pada sekelompok wanita yang sudah berusia 40 tahun. Khuatir dan risau bermula dari tekanan sehingga mudah marah dan tersinggung. Tekanan yang dihadapi hendaklah dikawal sebaik mungkin

4. Menghafal tarikh-tarikh penting
Cuba untuk menghafal tarikh-tarikh penting, hal ini mampu melatih minda untuk lebih cerdas.

5. Hafal sesuatu yang menjadi kegemaran
Suka dengar lagu?atau puisi?belajar bahasa lain? Lebih mudah kan untuk menghafal perkara yang menjadi kegemaran kita.

6. Mengira tanpa kalkulator
Untuk melatih otak depan dan lobus perietal, cuba untung kira tanpa kalkulator. Mula-mula agak susah, lama kelamaan otak lebih laju untuk kira tanpa kalkulator. Jangann terlalu manjakan otak.

7. Sentiasa berkomunikasi dengan baik dengan orang lain
Bagi orang yang suka bercakap mungkin tiada masalah tapi jika anda seorang yang agak pendiam cuba mulakan dengan orang yang paling hampir dengan anda. Setelah berbual, cuba fikir balik apa respon yang kita dah berikan dari segi suara, bahasa tubuh dan kata-kata. Adakah kata-kata anda berisi?atau perbualan kosong? Cari perkara berilmu untuk berbual lagi-lagi dengan orang yang lebih tua.

8. Bersenam atau bersukan
Bersenam dan bersukanlah secara rutin untuk melatih otak cortex.

9. Amalkan pemakanan tambahan yang mengandungi vitamin B dan C,kekacang,sayuran,ikan gandum dan biji-bijian.

Pemakanan yang seimbang juga memainkan peranan yang penting  untuk meningkatkan IQ, kuatkan daya ingatan, mengelakkan penyakit dan meningkatkan EPA dan DHA

Sumber: Ourkitab

No comments

Powered by Blogger.
a