(UPDATE) Akhirnya Bukti Kedua Tragedi Pesawat Lion Air Terhempas Berjaya Ditemui
![]() |
Penyelam hendak memasukkan kotak hitam pesawat Lion Air ke dalam sebuah bekas putih. |
Tahun lalu, tragedi pesawat Lion Air yang terhempas menimpa Indonesia menjadi perhatian ramai. Pencarian demi pencarian untuk menemukan mangsa kejadian dan juga dua kotak hitam perlu ditemukan untuk mengetahui kejadian sebenar tragedi tersebut. Tahun lalu satu kotam hitam telah ditemui.
Menurut laporan kosmo, kotak hitam kedua pun telah berjaya ditemui semalam.
Artikel berkaitan : Pesawat Lion Air disahkan berkecai selepas terhempas di permukaan laut
Artikel berkaitan : Kesinambungan usaha mencari mangsa dan kotak hitam kedua tragedi pesawat Lion Air JT610
Artikel berkaitan : Pelbagai kisah di sebalik sebelum berlaku tragedi pesawat Lion Air terhempas
Kotak hitam kedua berupa perakam suara kokpit (CVR) milik pesawat Lion Air yang terhempas pada Oktober tahun lalu sudah ditemui, kata pihak berkuasa Indonesia semalam.
Pesawat jenis Boeing 737-MAX itu hilang daripada radar kira-kira 13 minit selepas berlepas dari Jakarta dan menjunam ke Laut Jawa sejurus setelah juruterbang meminta kebenaran untuk berpatah balik.
Semua 189 penumpang dan kru penerbangan JT610 itu terkorban dalam nahas tersebut.
Timbalan Ketua Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional Indonesia, Haryo Satmiko memberitahu agensi berita AFP bahawa alat CVR itu ditemui pagi semalam.
Alat berwarna oren terang itu ditemui kira-kira 10 meter dari perakam data iaitu kotak hitam pertama pesawat tersebut, kata Haryo yang mengetuai pasukan mencari dan menyelamat di bawah Tentera Laut Indonesia.
Pasukan penyiasat sebelum ini menemui kotak hitam pertama Boeing 737-MAX itu yang merekodkan maklumat kelajuan, altitud dan arah penerbangan pada 29 Oktober lalu.
Pasukan penyiasat mendapati pesawat malang itu sepatutnya tidak dibenarkan melakukan penerbangan pada hari kejadian tetapi tidak menyatakan secara khusus punca kemalangan.
Laporan muktamad nahas itu berkemungkinan besar tidak dapat diserahkan sehingga lewat tahun ini. – AFP
Sumber : Kosmo
Post a Comment