Header Ads

(VIDEO) Lelaki maut dibaham singa, gara-gara ceroboh kawasan terlarang di Zoo



Seorang lelaki maut diserang oleh singa selepas memanjat dinding di hadapan dua bas yang dipenuhi oleh pelawat zoo. Kejadian berlaku di sebuah taman safari di India.

Lelaki itu memanjat tembok 20 kaki di utara negeri Punjab Chhatbir di Punjab utara, India di mana ada empat ekor singa ditempatkan dan dia dipercayai memasuki kawasan terlarang, di mana tempat lelaki itu diserang.



Pelancong melihat kejadian yang mengerikan di mana singa betina yang dipanggil Shilpa menggigit mangsa di bahagian leher dan seorang lsinga jantan bernama Yuvraj memenuhi mulut rahangnya dengan menggigit kepala lelaki itu.

Apa yang menyedihkan, rakaman di dalam kenderaan pelancong itu menunjukkan salah satu singa sedang menggigit dan mengheret lelaki di sekeliling kandang.

Mangsa segera dikejarkan ke hospital berdekatan dalam keadaan kritikal dan menghembuskan nafas terakhirnya di situ.
Mungkin dalam keadaan mabuk
Lelaki tersebut kemungkinan mabuk sebelum memecah masuk zoo tersebut berikutan keadaan pagar yang terlalu tinggi dan sukar untuk seorang individu yang berada dalam keadaan normal untuk melepasi dengan mudah.


Sumber : Daily mail

No comments

Powered by Blogger.
a