(VIDEO) 'Saya yang tendang motosikal' - Viral video Timbalan Pengarah ILP tendang 3 motosikal
Pengurusan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu, Pengkalan Chepa, di sini memohon maaf kepada semua pihak susulan insiden Timbalan Pengarahnya mengamuk dan menendang motosikal orang awam yang diletakkan di kawasan kampus sehingga terbalik, pagi ini.
Pengarah ILP Kota Bharu, Zainudin Ahmad berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan beliau sudah memaklumkan kejadian tersebut yang telah tular dan mendapat kecaman netizen untuk perhatian Ketua Pengarah ILP di ibu pejabat.
“Hari ini merupakan sesi pendaftaran pelajar lama dan memang semua sudah sedia maklum bahawa sebarang kenderaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam ILP. Mereka perlu letak kenderaan masing-masing di luar kampus.
Pengarah ILP kesal
“Saya kesal dan memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat. Kita akan melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian ini dan memastikan kejadian sama tidak berlaku,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Aksi lelaki yang dikatakan merupakan Timbalan Pengarah ILP itu sendiri dirakam salah seorang pelajar sebelum video berdurasi 1 minit 28 saat itu dimuat naik dan menjadi tular di laman sosial Facebook dalam tempoh hanya sejam serta mendapat kecaman warganet.
![]() |
MOHAMAD Hazmi Noordin, Timbalan Pengarah ILP yang menendang 3 motosikal |
Dalam keadaan marah sebelum menendang tiga motosikal
Dalam rakaman kejadian yang dipercayai berlaku pada sebelah pagi ini, lelaki berkenaan dilihat dalam keadaan marah-marah sebelum bertindak menendang tiga motosikal di pekarangan surau ILP Kota Bharu.
Difahamkan, pagi ini merupakan sesi pendaftaran pelajar lama ILP dan rata-rata mereka melapor diri sambil ditemani ibu bapa atau penjaga masing-masing.
Sementara itu, seorang bapa yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad, 45, berkata, dia kesal melihat perbuatan lelaki terbabit yang disifatkan biadab, melampau dan di luar dugaan bagi seorang yang berjawatan tinggi sepertinya.
“Sepatutnya dia perlu menggunakan budi bicara dalam soal meletak kenderaan kerana ini hari pendaftaran pelajar. Tindakan menendang motosikal sungguh tidak bertimbang rasa,” katanya.
Maaf, kejadian berlaku di luar kawalan
“Saya mohon maaf atas apa yang terjadi dan kejadian itu berlaku di luar kawalan.
Itu luahan Timbalan Pengarah (Pengurusan Latihan) Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu, Mohamad Hazmi Noordin yang menendang motosikal pelajar sehingga tular di media sosial, semalam.
Mengaku dirinya yang berada di dalam video tular
Mohamad Hazmi turut mengakui lelaki dalam video berkenaan adalah dirinya dan dia sendiri turut tampil membuat laporan polis mengenai kejadian itu.
“Bukan niat saya merosakkan harta benda pelajar, semuanya berlaku di luar kawalan. Saya memohon maaf kepada semua termasuk ibu bapa pelajar yang melapor diri semalam.
“Saya menganggap ini sebagai ujian dan peluang untuk muhasabah diri. Besar harapan saya usaha menabur bakti dalam bidang kemahiran dapat diteruskan.
“Pada masa sama, saya akur dengan arahan supaya bercuti selama seminggu serta dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan kesihatan mental di hospital,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Rakaman berdurasi seminit 28 saat yang menunjukkan pegawai institut kemahiran itu menendang tiga motosikal yang diletakkan di kawasan itu sehingga jatuh, tular di media sosial baru-baru ini.
Tidak berpuas hati dengan tindakan mereka meletakkan motosikal di kawasan itu
Lelaki terbabit dikatakan berbuat demikian ketika sesi pendaftaran pelajar lama selepas tidak berpuas hati dengan tindakan mereka meletakkan motosikal di kawasan itu. Perbuatan itu dirakam oleh seorang pelajar yang kebetulan berada di lokasi kejadian.
Mengulas lanjut, Mohamad Hazmi berkata, dia tidak terbabit secara langsung dengan jawatankuasa minggu suai kenal sesi Januari 2019 yang berlangsung semalam.
“Namun saya pegawai yang bertanggungjawab dengan urusan keselamatan ILP dan saya hanya mahu program berjalan lancar,” katanya.
Post a Comment