Header Ads

(VIDEO) "Sila Duduk & Jangan Lari" - Ayat & Memori Paling Diingati oleh Rakyat Tentang Sultan Muhammad V sebagai Agong



Malaysia digemparkan dengan berita dan menjadi sejarah pertama perletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong iaitu Sultan Muhammad V, semalam.


Artikel berkaitan : Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V letak jawatan


Berita ini ternyata memberi kesan kepada banyak pihak kerana baginda dikatakan berjiwa rakyat dan merendah diri. Ramai pihak yang berdukacita dengan perletakan jawatan baginda melalui kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Istana Negara. Namun, keputusan itu adalah muktamad.


Antara menteri yang turut terkesan dengan perletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-15 adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Beliau mengakui sedih dengan keputusan Sultan Muhammad V itu tambah lagi pernah memiliki pertalian istimewa keduanya kerana baginda Sultan pernah membebaskan dan memberi pengampunan penuh kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara. 

Rakyat juga masih ingat dan mengimbas kembali kenangan yang tak dapat dilupakan semasa Sultan Muhammad V menjadi YDPA melalui laman sosial Twitter.


Antara bahan usikan rakyat yang masing terngiang-ngiang hingga kini adalah sewaktu peristiwa ketika Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat untuk kekal duduk dan jangan lari daripada pembentangan hari tersebut.





















No comments

Powered by Blogger.
a