(VIDEO) Viral polis merokok di premis makanan, tindakan sewajarnya bakal dikenakan
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu dan tindakan sewajarnya akan diambil.
"Anggota berkenaan memakai pakaian beruniform dan kerajaan juga telah menguat kuasakan undang-undang larangan merokok.
"Tindakan tersebut tidak beretika dan itu merupakan satu perbuatan yang tidak boleh diterima," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini sebentar tadi.
Semalam, tular video berdurasi lapan saat yang memaparkan seorang anggota polis memegang rokok ketika berada di premis makanan yang merupakan kawasan larangan merokok.
Dalam video itu jelas menunjukkan tanda larangan merokok di premis berkenaan yang dipercayai terletak di Semenanjung.
Video tular
Post a Comment