Header Ads

(VIDEO) Viral Punggah Babi Dalam Lori, Ini Jawapan Pengarah Pasar Borong NSK


Kuasa viral zaman kini sangat dahsyat. Apa yang pasti ianya akan mendatangkan keburukan lebih daripada kebaikan. Sekiranya isu itu betul, mendatangkan keburukan kepada pelaku yang membuat kesalahan tersebut. Sekiranya isu viral itu tidak betul, ia mendatang keburukan kepada si pencetus berita tidak betul tersebut. Sememangnya, apa sahaja isu yang ditularkan itu tidak boleh dipercayai seratus peratus dan jangan dikongsi pada orang lain sekiranya anda mendapat maklumat daripada sumber yang anda tak ketahui. 


Pekerja pasar borong memunggah babi di sebuah lori 

Kecoh di laman sosial apabila rakaman menunjukkan beberapa pekerja sebuah pasar borong sedang memunggah babi dari sebuah lori.

Video berdurasi dua minit itu didakwa dirakam di pasar borong NSK Kuchai lama, Kuala Lumpur dan dimuat naik pada pagi Rabu oleh seorang pengguna Facebook.


Tular di laman sosial 

Rakaman tersebut pada ketika itu sudah mendapat lebih 145000 views dan lebih 4500 share. Lebih dasyat lagi apabila video itu ditularkan melalui Whatsapp.

Video tersebut dirakam dari dalam sebuah kenderaan lain menunjukkan lima pekerja bergilir-gilir memunggah babi dari sebuah lori sebelum memikulnya ke atas bahu mereka untuk dipindahkan.


Netizen memboikot

Rakaman itu mendapat pelbagai reaksi netizen dan ada yang membuat keputusan memboikot pasaraya tersebut dan mendakwa menjual daging tidak halal di pasar borong tersebut.

Susulan itu, menurut mstar online ketika menghubungi pihak NSK sendiri bagi mendapatkan kepastian tentang video berkenaan.
Pasar borong NSK menawarkan harga rendah kepada pelanggan 


Paparan skrin perbualan yang tular di Whatsapp Group 

Respon Pengarah Pasar Borong NSK

Pengarah NSK Holdings Sdn Bhd, Datuk Chiew Lian Keng ketika dihubungi berkata, rakaman tersebut adalah isu lama yang sengaja ditularkan dan mereka akan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan kes tular yang sudah lama ini.


Video lama dua tiga tahun, ditularkan semula  

Menurut pengarah tersebut, polis ada menghubungi dia dan mengatakan ini cerita lama sudah dua tiga tahun lalu...mereka tularkan semula.

Mereka tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan video itu sudahpun tular. Tetapi mereka membuat laporan dan terpulang kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk ambil tindakan.

Beliau juga akan mendapatkan nasihat undang-undang daripada peguamnya untuk tindakan selanjutnya.

Tidak wajar video itu ditularkan dan di share

Menurut pengarah tersebut dia berpendapat tindakan tular dan kongsi dari netizen adalah tidak wajar kerana menyebarkan video yang tidak diketahui sumbernya.

Beliau mendakwa, pasar borong tersebut telah mengikuti piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan iaitu menyediakan pintu masuk berasingan yang dikhaskan untuk daging halal dan
tidak halal.

Dia juga mendakwa pasar borong tersebut mempunyai dua pintu masuk, satu pintu daging 'non-halal', dan satu pintu lagi daging halal. Dua pintu ini tiada kena-mengena.

Pengarah tersebut juga menjelaskan yang video itu dirakam cuma dari satu sudut sahaja dan ini sangat tidak patut.

Video lama yang didakwa telah ditularkan semula



Sumber : mstar

No comments

Powered by Blogger.
a