Header Ads

VIRAL! Kantin sekolah konsep ala 'Hotel 5 Bintang', 15 Menu Berbeza Setiap Hari Dengan Harga Serendah RM1 Je


Kantin sekolah yang menawarkan harga makanan murah kepada guru-guru dan pelajar pasti akan mendapat perhatian. Lebih-lebih lagi, jika makanan itu murah lagi sedap. 
Kini, tular di laman sosial Facebook sebuah sekolah di Pulau Pinang, kantinnya menjual makanan dengan harga murah kepada staf dan pelajar serta berkonsepkan ala hotel.

Konsep kantin dipuji ribuan orang
“SAYA langsung tidak menjangka konsep kantin seperti hotel ini mendapat perhatian ramai sehingga tular dan dikongsikan ribuan individu di laman sosial Facebook,” kata Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Pauh Jaya, Ramlee Abu Bakar.
Ramlee berkata, beliau terkejut sebaik mendapat maklum balas ramai pihak yang memuji konsep kantin di sekolahnya kerana lain daripada lain hingga ia menarik minat guru dan murid.





Konsep kantin style hotel
Katanya, konsep kantin seolah-olah di hotel itu mula dirancang sejak tahun lalu dan ia dapat direalisasikan tahun ini selepas mendapat kerjasama daripada pihak pengusaha kantin.
“Kita merancang idea ini kerana berhasrat memberi galakan kepada guru dan murid untuk makan di sekolah tanpa perlu membeli makanan di luar sekolah.
Katanya, pengurusan sekolah juga mahu mewujudkan suasana kantin seperti berada di dalam hotel bertaraf lima bintang bersempena Pertandingan Amalan Pengurusan Kantin Terbaik peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Sementara itu, pengusaha kantin terbabit Mohd Fahmi Ahmad, 35, berkata idea berkenaan dicetuskan isterinya, Nadirah Azizan, 34, di samping mahu membantu guru dan murid mendapatkan makanan terbaik pada harga berpatutan.



Pastikan makanan berkualiti, sihat & 
harga berpatutan
“Ia selaras bagi memastikan guru dan murid mendapat makanan berkualiti serta menyihatkan pada harga berpatutan dan murah berbanding membelinya di luar,” katanya ketika ditemui di sekolah itu di Bukit Mertajam, hari ini.





Galakkan guru & murid makan di sekolah
“Saya sedar untuk melaksanakan konsep ini memerlukan kos agak tinggi tetapi demi menggalakkan guru dan murid makan di sekolah, saya dan isteri tidak memikirkan sangat soal keuntungan sebaliknya berniat sambil berniaga, ia dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan.




15 menu, tiap hari
“Berikutan itu, kami bersetuju dan bekerjasama dengan pihak sekolah dengan menyediakan 15 menu setiap hari yang pastinya berbeza dengan kantin yang terdapat di sekolah lain,” katanya.
Menurutnya, dia dan isteri mahu mengubah persepsi orang ramai bahawa penyediaan makanan di kantin sekolah dilaksanakan secara sambil lewa.
“Disebabkan itu, tidak ramai berminat untuk beli makanan di kantin sekolah dan lebih gemar makan di luar kerana menu yang disediakan kurang menarik.



Teruja makanan harga RM1 hingga RM3 sahaja
“Justeru, bagi menarik minat dan mahu menceriakan kantin sekolah, saya serta isteri mengubah konsep dan mempelbagaikan menu,” katanya.
Dalam pada itu, murid Mohd Nazif Ihsan, 11, berkata dia teruja membeli makanan di kantin sekolah yang hanya berharga antara RM1 hingga RM3 sahaja.


Menu western 
“Pelbagai menu menarik seperti ‘chicken chop’ dan ‘spaghetti’ dijual di kantin sekolah ini yang harganya tidak terlalu mahal.
“Sebelum ini, saya kerap beli makanan luar tetapi sejak ada kantin yang menyediakan menu menarik, saya hanya makan di sini sahaja,” katanya.




Sumber : Facebook

No comments

Powered by Blogger.
a