Header Ads

'Waze' bawa bidan urut sampai ke ladang kelapa sawit, Akhirnya......



Aplikasi 'waze' kini menjadi kemudahan dan medium penting dalam telefon pintar setiap orang merata dunia. Seakan-akan jika tiada 'waze', tiada petunjuk untuk sampai ke destinasi yang dituju. 

Namun lain pula ceritanya, apabila seorang bidan berhadapan situasi tak diingini apabila menggunakan aplikasi navigasi tersebut untuk ke satu tempat.

Semalam, kerana terlalu percayakan aplikasi navigasi Waze ke lokasi yang hendak dituju, seorang bidan tersesat dalam sebuah ladang kelapa sawit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Panglima Garang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Hafizie Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 8.36 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota ke lokasi untuk mencari mangsa yang sesat di Bandar Saujana Putra, di sini.

Seorang wanita lingkungan usia 30-an menaiki kereta Nissan Almera tersesat dalam ladang kelapa sawit selepas guna aplikasi navigasi Waze. Mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan dibawa keluar dari ladang tersebut.

Bidan dalam perjalanan pulang dari rumah pelanggannya untuk mengurut di Saujana Putra dari rumahnya yang terletak di Ulu Yam. Dia ikut aplikasi penunjuk arah sampai ke dalam ladang kelapa sawit lalu kereta tiba-tiba tersangkut dalam jalan berlumpur.

Anggota bomba datang menyelamat untuk bantu menolak tayar kereta mangsa yang tidak dapat bergerak kerana terperangkap dalam lumpur tanah merah yang tebal. 

Sumber : sinar

No comments

Powered by Blogger.
a