Header Ads

"Yang terpaksa kotor seluar & makan atas lantai tu anak orang, Cuba kalau jadi kat anak sendiri?" - Netizen Tegur Sikap Ibu Bapa Yang Pentingkan Diri Di Awal Musim Persekolahan



Semalam, kecoh tular gambar anak-anak yang pelbagai ragam baru masuk alam persekolahan lebih-lebih anak yang melangkah masuk Darjah 1. Keterujaan itu dapat dilihat dari air muka ibu bapa masing-masing dan ada sesetengah ibu bapa yang begitu risau atau terlampau 'teruja' telah mencetuskan pelbagai respon terhadap sesetengah pihak.

Pasti rata-rata ibu bapa sangat teruja dengan semangat bangun di awal pagi mempersiapkan anak-anak masing-masing dan hantar anak mereka sehingga ke depan pintu masuk sekolah dan lebih dasyat lagi sehingga ke tempat duduk di dalam bilik darjah. Tetapi sayang sekali, ada sesetengah ibu bapa menonjolkan sikap yang tidak sedap mata memandang apabila terlalu memanjakan anak masing-masing seharian menunggu di sekolah.

Terpanggil seorang pengguna Facebook bernama Akhtar Syamir yang memuat naik status tentang isu ibu bapa yang ambil mudah tentang hak pelajar lain di sekolah iaitu fenomena minggu pertama kedua alam persekolahan, para ibu bapa tanpa rasa bersalah duduk di kerusi kantin ketika waktu rehat sehingga menyebabkan pelajar lain hilang hak untuk menggunakan kerusi kantin tersebut. 

Penulis berasa kesal dengan sikap ibu bapa sebegini kerana kejadian ini telah berlaku pada tahun lalu dan dikecam ramai. Dah masuk tahun 2019, kejadian tak sedap didengar ini masih berulang. 


Bila nak berubah ?


Gambar menunjukkan beberapa anak murid terpaksa makan di lantai dan ada yang berdiri.

Hari ini masih terjadi 





Tak rasa bersalah ambil hak murid lain ?








Macam mana kalau jadi kat anak sendiri ?






Kerusi tak cukup, gara-gara ibu bapa yang mengambil hak murid lain






Sila lihat keadaan sekeliling, jadilah orang bertanggungjawab





Sumber : Akhtar Syamir 

No comments

Powered by Blogger.
a