Header Ads

Asyik berdebat isu bumi, tak percaya teori graviti, Suhaimi Saad terima ugutan bunuh


Siapa tak kenal dengan Suhaimi Saad suami kepada Ina Naim yang terus menerus mencetuskan kontroversi berkenaan isu bentuk bumi yang disifatkan sebagai rata baru-baru ini. Dia menambahkan kehangatan apabila dia mencabar Angkasawan Negara Malaysia bersumpah bumi berbentuk sfera dan terbaru dia menimbulkan isu tentang keraguan ilmu sains berkaitan graviti. 

Dia terus dikecam netizen kerana terlampau lantang bersuara mencetuskan isu pelik seperti tidak menghantar anak ke sekolah, tidak mengambil vaksin dan percaya bumi ini rata di laman sosial Facebooknya. 

TEKAN LINK : "Minggu lepas Dr. kata bumi ni sfera,Pagi ni Dr. kata tak sfera sangat...Dr. biar betul..?"- Jawapan Angkasawan Negara Dipertikai, Netizen Serang Ruangan Komen Suhaimi Saad




Suhaimi Saad dengan menggunakan nama Facebook sebagai Mosus, terbaru, telah menerima ugutan bunuh berbentuk ayat di ruangan komen Facebook status yang dimuat naik olehnya. Kemudian, Suhaimi Saad memuat naik satu status amaran ditujukan kepada seorang netizen agar memadam komen yang mengatakan ingin memenggal kepalanya dan dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya gagal berbuat demikian.




'...Kalau ko tak bertaubat, kepala ko aku penggal  hidup-hidup...'




Tindakan Suhaimi di laman Facebooknya selain telah menimbulkan ketidakpuashatian netizen, dia telah menyebabkan diberi rehat daripada menyertai Konsert Amal 4nomena yang bakal dilangsungkan 20 April depan di Universiti Antarabangsa (UIA) Gombak, Selangor.

Sumber : Facebook

No comments

Powered by Blogger.
a