Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berpendapat walaupun rakyat dilihat bergambar dengan Najib pada program anjuran BN di kawasan DUN berkenaan, namun ia bukan penentu kepada sokongan undi mereka.
"Ia (imej Bossku) sekadar untuk media sosial sahaja, hiburan, belum tentu diterjemah kepada undi. (Program) Bossku yang datang (adalah) mat rempit. (Mereka) daftar mengundi ke tidak?
"Pada saya, biasalah. Individu kalau popular, orang akan jumpa nak tangkap gambar sahaja.
Bukan mereka sokong pun, hanya nak masukkan ke dalam Facebook sahaja," katanya kepada pemberita selepas membentangkan hasil Kajian Survei Lapangan IDE 'PRK N24 DUN Semenyih: Apa pilihan pengundi' di sini, hari ini.
Ditanya sama ada BN perlu 'berhati-hati' daripada menonjolkan Najib semasa berkempen nanti, Mohammad Redzuan yakin kepimpinan parti itu lebih mengetahui bahawa penampilan bekas presiden mereka tidak akan meraih undi rakyat di Semenyih. 
Sumber : Bernama