Header Ads

Jangan sesekali berkata 'TIDAK' pada anak, tapi gunakan lebih banyak 'KENAPA', - Dr Sheikh Muszaphar Kongsi 15 Tips Didik Anak-Anak Seimbang Ilmu Dunia & Akhirat

Siapa tak kenal dengan Angkasawan Negara iaitu Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha yang kini dikurniakan 4 cahaya mata hasil perkahwinan bersama Dr Halina Mohd Yunos. Beliau kerap memuat naik gambar dan video aktiviti seharian di laman Instagram miliknya. Lebih-lebih lagi rutin harian anaknya yang dididik dan dibesarkan seimbang ilmu agama dan pendidikan. Dia juga tidak lokek berkongsi tips membesarkan anak-anaknya menerusi respon di ruangan komen ketika diajukan soalan oleh pengikutnya di Instagram. 


Ikuti 15 tips daripada Dr Sheikh Muszaphar ini:

1. Say 'I love you' pada setiap anak at least 10 times a day.


2. Jangan biarkan masa anak terbazir walau seminit. Isi dengan aktiviti educational.




 3. Gunakan sebaiknya Golden Age anak-anak, iaitu usia 6 tahun pertama. Isi sebanyak mana ilmu (of course with right method) memandangkan fasa ini otak anak-anak sedang berkembang dan amat tinggi potensi untuk ilmu yang dimasukkan jadi memori kekal dalam otak anak.

4. Inspire & encourage your kids to push their limit so that they will be tough, tak suka membuat alasan dan suka mencabar diri sendiri untuk berjaya.


5. Strict with your rules at the same time full of love.


6. Expose anak dengan macam2 aktiviti; Math, Flashcard, horse riding, aktiviti kebajikan dll. Anak akan cepat matang.



7. Kanak2 sukakan rutin. Stick with routine.



8. Children never get tired. So gunakan sebaik-baik masa untuk mereka penuhi dengan pelbagai aktiviti.


9. Communicate communicate communicate! Knee down & bend down bila bercakap dengan anak (eye level) supaya mereka merasa apa yang kita cakap tu penting.

10. Never say 'no' (its a one way communication). Use a lot of 'WHY'.
11. Start young! Jadi bila besar, mereka tak cepat penat, kita juga tak penat.



12. Home environment. Bekalkan kemudahan yang kondusif untuk anak-anak belajar. Jangan gaduh depan anak.





13. Belajar bahasa. Kanak-kanak sangat mudah belajar bahasa baru.


14. Identify signs of stress & reschedule.


15. EDUCATION STARTS AT THE AGE OF 6, BUT LEARNING BEGINS AT BIRTH.


Sumber : Instagram 

No comments

Powered by Blogger.
a