Header Ads

Durian Berharga RM4,000 Sebiji, Mungkin Ini Durian Paling Mahal Di Dunia


Rakyat Malaysia dan buah durian sememangnya tidak dapat dipisahkan. Siapa yang tak sukakan dengan rasa durian yang manis dan berlemak. Ada juga yang menggemari durian rasa pahit-pahit manis.
Jika di Malaysia, durian spesis ‘Musang King’ dikatakan paling mahal. Walaupun harganya mahal sehingga boleh mencecah RM80 sekilogram, namun ramai yang sanggup membelinya kerana rasanya yang sangat sedap dan mempunyai tekstur yang lembut.
Tetapi jangan terkejut jika ‘Musang King’ bukan lagi durian termahal kerana di negara seberang Indonesia sejenis durian diberi nama ‘J-Queen’ merupakan durian termahal dijual dengan harga RM4,000 sebiji.
Menurut laporan Tribun News, durian tersebut dijual dengan harga Rp14 juta sebiji bersamaan RM4,000 di Plaza Asia, Kota Tasikmalaya.

Durian J Queen berbuah hanya 3 tahun sekali dan pokok durian ini berbuah paling banyak hanya 20 biji sahaja.
Menurut laporan lagi, pada hari pertama durian tersebut dipasarkan, hanya 2 daripada 4 biji buah durian sahaja yang dipaparkan kepada umum dan buah tersebut habis dijual pada hari yang sama.
Durian ‘J-Queen’ dikatakan mempunyai isi buah berwarna emas, mencapai keseimbangan sempurna dengan rasanya begitu manis. Selain itu, 95 peratus durian ‘J-Queen’ tidak mempunyai biji.
Sumber : Tribun News

No comments

Powered by Blogger.
a