Header Ads

Gara-Gara 'Demam' PUBG, Rumah Tangga Berantakan, Asyik Nak Marah-Marah, Suami Hilang Pekerjaan, Dan Ini Tindakan Si Isteri Yang Sarat Mengandung .......


Fenomena atau demam permainan PUBG disebut-sebut pada akhir-akhir ini dan kebiasaannya melanda orang lelaki baik suami atau para remaja. Boleh dikatakan permainan ini menjadi 'ketagihan' kepada sesiapa yang sudah terjebak namun, paling menyedihkan sehingga catat rekod dalam sejarah telah menghancurkan rumah tangga sepasang suami isteri. Perkongsian daripada saudara Akhtar Syamir di laman Facebooknya mendapat lebih 9,000 share dari pengikutnya. Dan rata-rata netizen tag nama-nama pasangan mereka pada ruangan komen status tersebut.

Apa itu PUBG game ?
PUBG atau PlayerUnknown's BattleGrounds merupakan permainan atau game perang beraliran FPS (First Person Shooter) dan online multiplayer, dimana semua pemain yang ada harus saling membunuh sampai hanya tersisa satu pemain yang menjadi pemenang.

Pada awal permainan seorang pemain dapat mencari lokasi tujuan pendaratan dengan cara terjun payung melalui pesawat dan harus segera mencari senjata tepat setelah mendarat. Karena berawal dengan tangan kosong, pemain diharuskan mencari senjata, baju pelindung, dan pengobatan yang diperlukan untuk berjuang menghadapi pemain lain dan menjadi satu-satunya pemain yang dapat bertahan hidup untuk memenangkan permainan.

Berbaloi ke tinggalkan anak isteri demi game?
Masih lagi tak percaya kebinasaan akibat KETAGIHAN game? Berbaloi ke tinggalkan anak isteri demi game?

Suami tak cukup tidur, marah-marah
Isteri ditinggalkan suami gara-gara suami ketagih PUBG game.

Salah ke main game ?
Game dan gaming itu TIDAK SALAH, yang salahnya apabila anda ketagihan.
Adakah jatuh nusyuz kerana isteri sering memarahi suami yang ketagihan game?
Kenapa kita terlalu teruk dipengaruhi oleh game yang sepatutnya mendatangkan kegembiraan? Tetapi sebaliknya yang terjadi. Adakah jati diri kita ini terlalu lemah?

Berhenti salahkan isteri 
BERHENTI menyalahkan isteri apabila anda ketagihan. Jika anda kata isteri anda membosankan dan menjadi penyebab kepada anda untuk bergembira di dalam game, anda sebenarnya sakit mental dan perlukan rawatan.
Keluarga ini kita sebagai suami yang bentuk. Senget je, lurus ke, bahagia ke, tidak ke, kita yang tentukan. Bukan orang lain dan sudah semestinya bukan game ! Cari cara untuk gembirakan keluarga, bukan lari dari masalah dan mencari kegembiraan di tempat lain.

Menghabiskan masa 4 atau 5 jam main game
Jika anda rasa menghabiskan masa 4 atau 5 jam ke atas di dalam game setiap hari tatkala mempunyai anak dan isteri adalah sesuatu yang ok, berjaga - jagalah. Tidak lama lagi anda akan terjerumus ke lubang kesunyian yang amat gelap dan dalam tanpa sesiapa pun di sisi.

Isteri JANGAN terjerumus
Kepada isteri, JANGAN sama terjerumus dan menggalakkan ketagihan ini dengan bermain bersama. Anda hanya akan menjadikannya lebih teruk dan anak - anak anda yang akan menanggungnya.
Kembalilah ke pangkal jalan. Institusi kekeluargaan kita semakin tenat. Kita sebenarnya di ambang kehancuran.
Kongsikan pendedahan ini. Semua wajib tahu tentang apa yang sedang berlaku dan merebak dengan pantas ini !
Saya perlu ingatkan sekali lagi. Game dan gaming itu TIDAK SALAH, yang salahnya apabila anda ketagihan.

Sumber : Facebook 

No comments

Powered by Blogger.
a