Header Ads

'Guna roti dengan air je!' - Wanita Ini Kongsi Petua Ringkas & Berkesan Nak Bagi Tanaman Hidup Subur


Hobi bercucuk tanam adalah kebiasaannya berpihak pada ibu-ibu. Dan ada juga sesetengah bapa yang meminati hobi ini. Tumbuhan hidup subur dan tidak layu adalah diimpikan oleh mereka yang gemar bercucuk tanam.
Petua tumbuhan hidup segar sentiasa ini telah dikongsi oleh Puan Intan Suhana di laman Facebooknya selepas dia merasai keberkesanan petua ini. Ternyata petua ini mendapat perhatian ramai kerana unik hanya menggunakan roti dan air.

Baca entri penuh di bawah.


Gara-gara kebun keliling rumah menunjukkan perkembangan yang sihat dan positif, mak happy sangat. Maka mak rasa nak kongsi satu petua ringkas menyuburkan tanaman yang dah ramai orang cuba dan berjaya.

Kak intan panggil resepi ini baja roti. Kalau ikutkan nama sebenarnya MOL (Mikroorganisma Lokal). Kos nya murah amat. Hanya perlukan air dan roti yang sungguh enak dimakan begitu saja haha.

Cara nak buat pun mudah aje. Tak perlu guna tenaga beria. Dah jadi nanti, cuma siram dan lihat keajaibannya. Semua pokok tanaman kita akan berkembang biak, pucuk baru makin meriah, daun bukan main hijau, kemudian kalau yang tak pernah berbuah tu nampak dah mula keluarkan buah.

Mari kita baca dan cuba buat hari ini juga.


Bahan-bahan:
1. Sekeping roti yang masih baik
2. Air sebanyak 1.5 liter


* Air hujan atau air basuhan beras je tau.
* Kalau nak guna air paip, sila dedahkan dahulu air kepada cahaya matahari seharian supaya dapat hilangkan/ kurangkan kandungan klorin.
* Ramai yang tanya pasal air ni. Disebabkan sekarang kebanyakan kita dah ramai yang pakai penapis air di rumah, takde masalah pun nak guna air paip andai kita sedia maklum bahawa penapis air kita tu boleh menyingkirkan kandungan klorin.

* So silalah gunakan air coway, air cuckoo dan yang sewaktu dengannya 😁


Cara-caranya:
Koyak-koyakkan roti dan masukkan dalam botol, kemudian masukkan air. Pastikan air yang digunakan bukan lah air yang berklorin ye. Sebaiknya guna air hujan atau air basuhan beras.
gunakan air hujan yang ditadah khas untuk siram pokok-pokok keliling rumah.


Kemudian peram, letak ditempat gelap.
Minimum peram 4 hari pun dah ok. Tapi paling efektif minimum peram selama 7 hari. Pastikan selepas setiap 3 hari pastikan penutup botol dibuka bagi mengeluarkan gas yang terhasil akibat proses peraman atau penapaian ni.Kalau lupa buka penutup botol tu bersedia lah untuk menghidu bau masam satu rumah sebab ia bisa meletop.

MOL ni seeloknya digunakan dalam tempoh 14 hari. Tapi ia juga boleh tahan sampai setahun kalau rajin bagi dia gula merah setiap 6 bulan sebagai sumber makanan utk mikrob yang terhasil. Kuantiti gula merah kita agak-agak saja okeh.

Letak roti 4 keping sebab nak sesuaikan dengan nisbah air yang ada dalam 6 liter kot bekas penyiram ni. Bila baja dah jadi tuang saja sebotol baja ini ke dalam bekas ni dan tambah aje air hujan sampai penuh bekas.
Kemudian round aje keliling rumah siram pokok-pokok kesayangan.

Sumber : Facebook

No comments

Powered by Blogger.
a