Header Ads

Iklan Tawaran Biasiswa Didakwa Berunsur 'Racist', Netizen Kecewa &Mahu 'Boikot' Hospital Terkenal, Ini Penjelasan Dari Pihak Hospital



Tular di laman sosial baru-baru ini, bunting yang didirikan dan dipamerkan untuk tontonan umum berkaitan tawaran biasiswa penuh dari sebuah hospital swasta cawangan Sungai Petani kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma Kejururawatan.

Di dalam bunting tersebut jelas menyatakan tentang syarat-syarat kelayakan dan netizen merasakan tidak puashati apabila di bunting tersebut terpampang kelayakan biasiswa untuk bidang tersebut adalah lebih memilih calon yang berbangsa cina, siam, kristian dan india. 


Bunting yang tular di laman sosial sehingga menimbulkan ketidakpuashatian netizen.

Lantas, netizen menyerang laman Facebook Hospital Pantai Sungai Petani kerana beranggapan terdapat unsur racist di dalam pemilihan calon untuk biasiswa tersebut.




Terbaru, apabila isu ini tular dan menjadi perhatian ramai, pihak hospital swasta tersebut tampil memberi penjelasan dan membuat permohonan maaf.

"Kami sangat menyesal atas kandungan yang tidak boleh diterima pada bunting biasiswa kami.

Bunting itu dibuat oleh kakitangan tanpa kelulusan dan tidak mencerminkan nilai organisasi kami.

Kami membetulkan maklumat dengan serta merta selepas menyedari kesalahan itu. Kami bertanggungjawab penuh atas kesilapan ini dan memberikan jaminan bahawa ia tidak akan berlaku lagi.

Di Hospital Pantai, kami menerima dasar pekerjaan yang adil dan kami tidak membenarkan apa-apa amalan yang memudaratkan mana-mana kaum atau agama.

Kami dengan sungguh-sungguh meminta maaf atas kesulitan."

Kenyataan rasmi daripada pihak Hospital Pantai Sungai Petani



Sumber : Facebook 

No comments

Powered by Blogger.
a