Inkues punca kematian Adib diteruskan & keterangan daripada saksi kejadian
Hujung tahun lalu, Malaysia dikejutkan dengan kehilangan perwira negara anggota bomba dan penyelamat iaitu Allahyarham Adib Mohd Kassim. Kini, prosiding inkues hari kedua bagi mencari punca kematian anggota bomba dan penyelamat Subang Jaya tersebut diteruskan pada Selasa di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Subang Jaya kira-kira jam 11 pagi.
BACA : KHABAR ANGIN ANGGOTA BOMBA DIPUKUL SEHINGGA MATI KETIKA RUSUHAN PALSU
BACA : Apa Amalan Arwah Adib Sepanjang Hayatnya Sehingga Kematiannya Di Doakan Jutaan Manusia , Semoga Rohnya Tenang Di Sana
Pasukan polis dan juga beberapa organisasi media telah mula berkumpul seawal jam 10 pagi sebagai persediaan untuk menantikan ketibaan pihak peguam serta kehadiran Koroner Rofiah Mohamad.
Fokus utama pada hari ini untuk melihat gambaran sebenar bagaimana insiden serangan berlaku terhadap Allahyarham Muhammad Adib.
Tiga saksi utama yang telah memberi keterangan semalam akan turut hadir bagi membantu menceritakan keadaan sebenar ketika situasi serangan berlaku.
27 November - 2018 Muhammad Adib Mohd Kassim Cedera Parah Ketika Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25
17 Disember - 2018 Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 9.41 malam di IJN
10 Januari 2018 - PDRM telah melengkapkan kertas siasatan dan pengurusan kes inkues ditetapkan pada 18 Januari 2018
17 Januari 2019 - Ketua Pengarah JBPM maklumkan 8 anggota bomba terlibat dalam prosiding inkues.
18 Januari 2019 - Inkues Adib bermula, seramai 30 saksi akan dipanggil, prosiding inkues ambil masa 3 bulan bermula Februari
11 Februari 2019 - Prosiding hari pertama inkues di Mahkamah Koroner Shah Alam, Saksi pertama berkata jentera bomba dikepung dan dirosakkan
Diarah balik, dilarang padam kebakaran kereta
Mahkamah Koroner hari ini diberitahu, pasukan bomba telah diarah balik, malah dilarang daripada memadam kebakaran sebuah kereta dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman.
Jeritan dari sekumpulan lelaki sambil lempar objek keras
Laungan dan jeritan itu dibuat oleh sekumpulan lelaki sebelum seorang daripada mereka bertindak melemparkan objek keras dipercayai besi tiang takraw ke arah cermin sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT).
Kenyataan saksi pertama
![]() |
Deputi Superintenden Mohamad Nasir Drahman |
Saksi pertama, Ketua Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Deputi Superintenden Mohamad Nasir Drahman berkata, ketika beliau bersama beberapa anggota menjaga lalu lintas, beliau ternampak jentera bomba FRT yang tiba untuk memadam kebakaran sebuah kereta di kuil tersebut dibaling dengan objek keras.
Pergerakan orang awam mencurigakan
Sementara itu, ketika menjawab soalan peguam mewakili keluarga Allahyarham Muhammad Adib, Mohd. Kamaruzaman A Wahab mengapa tidak turun daripada jentera, Md. Elliza memberitahu, dia tidak berbuat demikian kerana melihat pergerakan orang awam yang mencurigakan.
“Saya melihat mereka dalam keadaan mencurigakan kerana cara mereka datang dan menyorokkan sebelah tangan di belakang badan seperti memegang sesuatu.
“Saya dan penyelia (Badrul) berasa sangat takut apabila diserang kerana balingan yang dilakukan orang awam berterusan seperti bertih jagung,” ujarnya.
Kenyataan saksi kedua
![]() |
Md. Elliza Mohd. Noor |
Saksi kedua iaitu pemandu jentera FRT, Md. Elliza Mohd. Noor dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya berkata dia bersama pasukannya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran kereta di hadapan kuil pada pukul 1.02 pagi.
“Setibanya di lokasi pada pukul 1.12 pagi, saya memberhentikan kenderaan pada jarak 10 hingga 15 meter untuk membuat pemadaman. Tugas saya adalah sebagai pemandu jentera dan operator pam tetapi pada masa itu tidak membuat tugasan pam kerana ada pergerakan sekumpulan orang awam menghampiri jentera FRT.
“Mereka datang menjerit menyuruh kami jangan memadamkan kebakaran sambil memberi isyarat tangan menghalau. Namun, secara tiba-tiba tidak sampai lima hingga 10 saat, terdapat ketukan pertama di cermin hadapan menggunakan besi tiang takraw sebelum diikuti balingan objek seperti batu-bata dan topi keledar.
“Malah, saya juga ternampak dua atau tiga orang awam berlari di sebelah kiri jentera dan menuju ke arah belakang namun saya tidak tahu apa tujuannya,” katanya.
Post a Comment