Header Ads

#JanganBayarChallenge Dikecam Teruk, Ini Penjelasan Dari Instafamous Pencetus Idea Cabaran Video Viral Yang Dikatakan 'Hambar & Bodoh'



Kecoh dengan video viral dan trending di laman sosial #janganbayarchallenge yang dibuat oleh dua sahabat dan tular sejak dua hari lalu. Difahamkan, salah seorang pemuda tersebut adalah instafamous yang mempunyai pengikut Instagram seramai 78.1K followers.

Melihatkan video cabaran tersebut yang dimuat naik oleh Instafamous itu mengundang kecaman Netizen kerana disifatkan perbuatan paling tidak masuk akal, ibarat seperti sampah selain dikatakan video tersebut 'hambar dan bodoh'.


Dua sahabat di dalam video viral tersebut. Zairul (kiri) dan sahabatnya
Susulan kecaman hebat Netizen, instafamous Mohd Zairul Khalis yang juga pemilik Instagram dengan nama @zairulgriemann tampil menjelaskan kisah di sebalik video cabaran tersebut.

Menurut mstar online, Mohd Zairul mendedahkan adegan tersebut sebenarnya dilakonkan semula hanya selepas dia membayar makanan atau minuman yang dilarikannya.

"Sebenarnya saya dan seorang lagi rakan saya Muiz buat video tersebut sebab nak hiburkan orang dekat IG. Dan kami dah pun berpakat dengan semua yang terlibat dalam video tersebut.

"Mereka semua kawan-kawan saya. Sebenarnya kami dah bayar dulu, barulah kemudian kami buat video. Kami siap minta izin dekat mereka terlebih dahulu boleh tak berlakon macam tu,"katanya.

Bagaimanapun, pemuda berusia 22 tahun itu tidak menduga video cabaran tersebut akan mengundang kecaman netizen yang melihatnya.

"Itu yang buat netizen marah sehingga ada yang kata makanan itu haram dan menyamakan perbuatan kami seperti mencuri", katanya.

Meskipun kecewa dengan kritikan netizen, Mohd Zairul dan rakannya, Muhammad Muizzuddin Abdul Mutalib memohon maaf kepada orang ramai yang tersinggung dengan video tersebut.


(VIDEO)  Tular di laman sosial hingga dapat kecaman teruk 

"Kami minta maaf, kami terima segala teguran netizen sebagai sesuatu yang positif. Salah kami juga sebab membuka ruang kepada mereka untuk mengecam kami.

"Kami manusia biasa yang lakukan kesilapan. Kami juga tiada kuasa untuk undurkan masa tapi lepas ini kami akan cuba ubah konsep video yang sesuai dengan masyarakat di negara ini,"katanya.

Ditanya bagaimana tercetusnya idea untuk menghasilkan video cabaran itu, pemuda yang berasal dari Melaka itu berkata segala berlaku secara spontan.

"Idea ini datang secara spontan, tiba-tiba terlintas di fikiran. Jadi kami terus buat sahaja. Lagipun ramai DM (direct message) minta kami buatkan video.

"Sebab video sebelum ini buat mereka terhibur. Tapi bila buat video cabaran ini tak sangka lain pula jadinya. Kami akan hasilkan video yang lebih psoitif dan bermoral selepas ini, " katanya.


Netizen kesal dengan video tular tersebut

Terdahulu, terdapat seorang pengguna Twitter yang kesal dengan video tersebut.


Tweet miliknya mengatakan "Seorang bapa dipenjara kerana mencuri makanan untuk diberi makan kepada anak-anaknya yang kelaparan. Namun, Instafamous tergamak buat cabaran bodoh ini. Sebelum saya rakam skrin(video), saya baca semua komen video tersebut dan mereka bangga dakwa mereka tak bayar. Mencuri itu satu dosa tetapi mereka amat bangga". Status netizen ini telah mendapat Retweet sebanyak 17,000 kali dan lebih 6,600 likes.

Sumber : Twitter , mstar 

No comments

Powered by Blogger.
a