Header Ads

"Kadar kompaun ditularkan di laman sosial adalah palsu" - JPJ


Kadar bayaran kompaun baharu bagi saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula bulan ini yang ditularkan sejak beberapa hari lalu adalah maklumat tidak sahih.
JPJ, dalam satu kenyataan di laman Facebook, memaklumkan ia tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai kadar bayaran saman dan jenis kesalahan seperti yang ditularkan.
“JPJ ingin merujuk kepada mesej ‘sebelum duit anda melayang’ yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp, kami ingin menegaskan bahawa mesej atau kenyataan itu tidak benar dan tidak pernah dikeluarkan JPJ.
“JPJ ingin menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai sebarang mesej melalui aplikasi WhatsApp yang tidak mempunyai sumber sahih dan menyebarkannya sebelum pengesahan dilakukan dengan JPJ,” menurut kenyataan itu.
Beberapa hari lalu tular mengenai kadar baharu bayaran saman JPJ bermula Februari.
Antaranya ialah: ‘SHARE - info terkini dari JPJ / Sebelum Duit Anda Melayang. Mulai tahun 2019 .. Bulan FEBRUARI.. saman JPJ adalah seperti berikut. 

1) Menghalang kereta lain & memotong - RM300, 
2) Memandu perlahan di lorong kanan - RM150, 
3) Menyimpan batang kayu, batang besi, pisau & lain² objek bahaya dlm kereta - RM100,
4) Isi minyak tanpa matikan enjin - RM100.’

Sumber : bharian

No comments

Powered by Blogger.
a