"Mak lupa belikan kau. Nanti kau beli la sendiri" - Thread Gadis Dibuang Keluarga Ini Undang Sebak
Tersisih atau dipinggirkan oleh ahli keluarga adalah satu situasi yang sangat tidak menyenangkan. Semua orang pasti mengutamakan ahli keluarga daripada rakan dan lain-lain sebagai tempat bergantung. Perkara ini terjadi pasti ada cerita disebalik kisah silam sehingga boleh membuatkan keluarga meminggirkan seseorang itu. Jika tiada keluarga, di mana tempat kita nak berkongsi susah dan senang bersama?
Nasib tidak menyebelahi gadis berusia 20 tahun ini berkongsi thread di laman Twitter dengan menggunakan nama @belladybala_ tentang kisah dirinya yang didakwa dia telah dibuang keluarga. Thread gadis ini lantas mengundang sebak netizen yang membacanya.
Ikuti thread penuh di bawah.
Dibenci kakak sulung dari kecil sampai sekarang
aku ada 5 org adk beradk. sorg kakak (sulung) dan 2 abg, sorg adik lelaki. which is mean aku anak ke 4. aku ada masalah dgn kakak aku ni since kecik lagi. aku taktau knp dia benci sgt dgn aku smpaikan aku dh berusia 20TAHUN dan dia masih benci aku.— nabillahisfine (@belldybala_) February 24, 2019
Apa yang aku buat semua salah di mata dia
alkisah masa kecik, apa yg aku buat semua salah dimata dia. apa yg aku dpt dia akn pertikaikan. tpi selalunya apa yg dia nak, semua dpt. aku ni tkde lah sgt. dulu mak abah sayangkan dia lebih. aku dh cuba hide perasaan rasa tak adil mak abah aku, tapi dh terlampau ketara.— nabillahisfine (@belldybala_) February 24, 2019
"Mak lupa beli dekat kau. Nanti kau beli la sendiri"
masa aku form 1. mak dgn abah shopping gi beli mcm2. balik tu aku tengok mak belikan kakak 3 jenis dress. ohya jarak aku dgn kakak aku 9 thn. aku pun duduk la tgk mak aku asingkan brg2 dh beli. bila mak pandang aku dia terus ckp "mak lupa beli dkt kau. nnti kau beli la sndri"— nabillahisfine (@belldybala_) February 24, 2019
Dari kecik aku diajar untuk mengalah dengan kakak
dri kecik aku diajar utk mengalah dgn kakak. dia bebas. dari kecik smpai dh kawin. mak sygkan dia sgt. lepas spm dia nak masuk UIA mak bagi. tgh study duduk rumah sewa, mak bagi. kwn lelaki pun mak bagi. siap suruh kakak kawin cpt. seronok kan?— nabillahisfine (@belldybala_) February 24, 2019
Keluar dengan kawan perempuan pun kena balik before 6PM
aku plak? form 4 msuk kv. ulang alik kl-perak naik bas. dduk asrama (4yrs). berdikari. kwn lelaki? jgn ade sorg pun. penah terkantoi (2017), aku kena kuarantin. phone dirampas. tk boleh kluar umah. kluar dgn kwn prmpuan pun balik before 6PM.— nabillahisfine (@belldybala_) February 24, 2019
Mak tak bercakap dengan aku
skrg mcm mana? skrg aku tgh praktikal. ye skrg aku dh 20thn. aku ada kwn sorg lelaki. kantoi juga dgn kakak aku. aku keluar dgn kwn lelaki tu. dihebahkan dkt group fmily dgn katanya aku keluar gi beromen. kau rasa? balik je rumah, mak tk berckp dgn aku. abg? ugut nk rampas phone.— nabillahisfine (@belldybala_) February 24, 2019
Kakak isyhtiharkan to the whole family mulai saat ini dia takde adik perempuan. Mak masih menyebelahi dia
lepastu dia isytiharkan to the whole fmily mulai saat ni dia tkde adik prmpuan. aku masih mengalah dan sabar. mak masih menyebelahi dia. anak sulong was always right. skrg dh hampir 2 bulan aku takde kakak dan abg yg ketiga. aku stranger dlm umah.— nabillahisfine (@belldybala_) February 24, 2019
Gambar aku takde dalam satu frame besar keluarga
harini, ade smpai satu frame besar jugak. gmbr fmily. bila aku tilik satu2. gmbr aku takde. gmbr dorg kawin, tunang, mak abah n holiday ade. aku? tersisih. harini selepas 20 thn, aku dh tak boleh sabar. aku tk faham dan masih tak faham. kenapa dan kenapa takdir aku ade fmily ni.— nabillahisfine (@belldybala_) February 24, 2019
"Kau cari lah duit sendiri"
ohya. aku ada smpaikan niat nak smbung belajar. respon yg aku dpt hanyalah "kau cari lah duit sndri. buat PJJ". hm bkn tk bole aku usaha sndri cumanya, time kakak hbis beribu pun tkpe utk dia belajar. aku cuma kv gais.— nabillahisfine (@belldybala_) February 24, 2019
Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib gadis ini.
Sumber : Twitter
Post a Comment