Header Ads

"Masih Berfikir Nak Muat Naik Bukti Video Di Instagram Atau Tidak" - Bella Astillah


Rentetan kontroversi hangat Aliff Aziz berlaku curang buat kali kedua dengan seorang pelakon wanita seperti yang didakwa oleh Bella Astillah di akaun Instagram miliknya, kali ini menerusi metro online, dia membuat pengakuan sukar untuk menerima apa yang sudah terjadi meskipun pelakon wanita yang dikaitkan curang dengan suaminya, Oktovia Manrose sudah membuat permohonan maaf melalui Insta Story.

BACA :'I admit it, I tak patut keluar dengan suami orang' - Oktovia Manrose Mohon Maaf Kepada Bella Astillah 

BACA : 'Tak wujud istilah saya mempertahankan kakak. Salah tetap salah' - Aprena serba salah kemelut melibatkan kakaknya & Bella Astillah

"Selepas apa yang dia buat dengan suami saya, begitu mudah permohonan maaf itu dikeluarkan,” kata Bella Astillah iaitu isteri kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz berhubung tindakan pelakon, Oktovia Manrose memuat naik permohonan maaf di Instagram (IG) Story semalam.
Bella, 25, atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, wanita itu sepatutnya lebih sensitif kerana pernah berkahwin dan memiliki anak.
Bagaimanapun, Bella percaya wanita itu menjalin hubungan dengan suaminya sejak dua minggu lalu ketika berlakon bersama dalam telefilem, Dosa Itu Bukan Miliknya.
Permohonan maaf itu ditulis di IG Story. Apa boleh dikatakan, saya tahu kesalahan mereka. Dan apa yang saya muat naik di IG semalam cukup kuat untuk mendedahkan perlakuan mereka di belakang saya.


Bella berpendapat bahawa Oktovia yang merupakan ibu tunggal kepada seorang anak lelakinya sepatutnya mempunyai perasaan dan faham seorang yang pernah bergelar isteri sekiranya dia berada di tempat Bella.
“Macam Via (Oktovia), dia patut faham perasaan saya sebab pernah berkahwin dan ada anak.
“Saya ramai juga kawan perempuan yang bermasalah dengan suami, tapi tidak sampai tahap mahu berjumpa lelaki lain. Apa mereka buat adalah jumpa kawan perempuan dan kongsi,” katanya kepada Harian Metro.


Menurutnya, dia ada berjumpa dengan Aliff semalam bagi mendapatkan penjelasan mengenai bukti video yang dihantar kepadanya.
Saya mahu berjumpa mereka berdua. Tetapi, Via menolak. Jadi, saya hanya jumpa Aliff. Pada mulanya, dia masih ingin menegakkan benang basah dan menafikan semua dakwaan saya.
“Namun, selepas saya menunjukkan bukti video itu, dia terdiam. Dia tidak tahu mahu cakap apa lagi selain minta maaf.
“Dia mengaku bersalah dan sedar perbuatannya itu salah,” katanya.


Ditanya adakah pertemuan itu turut membincangkan mengenai masa depan perkahwinan mereka, Bella berkata Aliff tidak bercakap mengenainya.
Bella berkata, tujuannya berjumpa Aliff disebabkan ingin menunjukkan bukti selepas dicabar suami dan dia pula bukan jenis yang main cakap saja.
Soal perkahwinan kami, Aliff tidak cakap apa-apa pun. Macam saya sendiri, sejujurnya saya memang sudah tawar hati. Saya reda saja apa yang berlaku selepas ini.
“Saya menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah SWT. Saya hanya mampu berdoa dan diberikan petunjuk yang terbaik.
“Mungkin secara luaran saya nampak lemah, tetapi tidak. Malah, mereka silap jika beranggapan sedemikian. Apa yang berlaku ini, Tuhan nak tunjuk kepada saya. Saya kalau boleh tidak mahu hidup dalam penipuan, cukuplah,” katanya.


Menurutnya, sepanjang lima tahun mengenali Aliff, dia bertahan disebabkan kedua ibu bapa dan adik-beradik suaminya terlalu baik.
Malah Bella berkata, dia juga tidak pasti sama ada masih ingin memberi peluang ketiga, keempat dan seterusnya kepada Aliff.
Apabila melihat video ini, sebagai isteri tentu saja hati terluka dan sedih. Pedih rasanya apabila suami sekali lagi mengkhianati kepercayaan dan peluang diberikan.


Bella memerlukan masa atas apa yang terjadi dan berdoa supaya ada jalan penyelesaian yang terbaik.
“Malah, sebagai manusia biasa saya tidak boleh cakap boleh maafkan atau takkan maafkan. Perkara ini akan ambil masa. Apa saya boleh katakan, hanya mampu berdoa supaya diberikan yang terbaik.
“Saya anggap ini pengajaran terbesar dalam hidup dan perkahwinan kami. Saya berasa seperti ditikam belakang kerana baik dengan Via ketika dia mula berlakon dengan suami.


Semalam, Bella ada memuat naik status mendakwa suaminya, Alif Aziz berlaku curang dengan pelakon wanita dan berita ini terus tersebar di media sosial. Bella mengatakan dia pernah menelefon Oktovia dan bertanyakan tentang hubungan suaminya dengan pelakon itu sejak dia sudah merasakan ada sesuatu tidak kena dan ingin mendapatkan kepastian. Bella akui dapat jawapan yang menenangkan dari Oktovia dan tidak disangka-sangka orang menenangkannya itu lah yang curang bersama suaminya.



“Saya juga masih tidak boleh hadam ayat yang dihantar ketika ditanya adakah dia menjalin hubungan dengan suami,” katanya.


Bella juga bertegas tidak akan membuang status dan paparan skrin perbualan yang didakwa mendedahkan kecurangan suaminya di IG semalam.
Saya takkan buang status itu. Saya berfikir banyak kali sebelum memuat naik. Saya tidak berasakan ia tindakan salah atau terburu-buru.
“Malah, saya masih berfikir dan sedang berbincang dengan keluarga sama ada mahu memuat naik bukti video di IG atau tidak,” katanya.
Sumber : hmetro

No comments

Powered by Blogger.
a