Header Ads

'Mata kakak juling kerana 'handphone', sampai kena operation...ni semua salah aku jugak' - Ibu Luah Rasa Menyesal & Sedih Nasib Menimpa Anak


Gajet, telefon pintar dan seumpamanya adalah perosak untuk kanak-kanak. Mengapa? Terdapat banyak keburukan daripada mendatangkan kebaikan sekiranya anda menggalakkan anak anda sentiasa bersama telefon pintar pada setiap hari tidak kira situasi. Ibu bapa masa kini, jika di restoran atau kedai makan, pasti kita akan nampak kanak-kanak diberi telefon oleh ibu bapa mereka untuk dijadikan 'umpan'. Ikatan kasih sayang antara ibu bapa dengan anak akan berkurangan kerana kurang komunikasi dan perhatian. Bukan itu sahaja, kesihatan anak anda juga terjejas kerana boleh mengakibatkan mata rabun sejak kecil dengan pencahayaan dari telefon pintar tersebut dan lebih teruk lagi boleh menyebabkan, JULING. 
Kisah benar dari seorang ibu yang berkongsi cerita kesan buruk yang menimpa anak sulungnya atau lebih mesra dipanggil 'kakak' kerana mengalami mata menjadi juling akibat kelalaian dia sebagai ibu tidak mencegah anaknya bermain telefon pintar dengan kerap malahan lebih menggalakkan. Namun, dia berasa kesal dan tidak dapat menerima kenyataan pada mulanya dengan nasib anaknya itu.

Ikuti kisah penuh di bawah.

Mesti orang tertanya2 kenapa dengan mata anak aku kan ? kenapa pakai cemin mata ? dia lahir normal kan ? yesss ... aku lahirkan kakak & adik , mata normal & sihat walafiat . tak juling & tak rabun ... 

Mata kakak jadi juling bermula umur 6 ke 7 bulan
mata kakak start juling since tahun lepas bulan 6/7 gitu . punca dari HANDPHONE 📱 aku bg dia tgk hp ikot kehendak dia . tak kire siang atau malam . 2-3 jam setiap kali tengok . bayangkan satu hari dia tgk hp 3-4 kali . 

Punca mata kakak juling adalah....
sebabnyaaa .... aku nk suro dia ddk diam sbb aku nak tidokan adik dia . nak layan adik dia yg masih kecil mase tuh . bile pegi makan kat lua . aku bg dia tgk hp sbb nak dia ddk diam . 

Baru tahu kakak rabun
mase tuh aku tak tau dia rabun pun . aku dapat tau kakak rabun pas jumpe doc pakar mata kat hospital ismail 18/02/2019 ... itu appoiment 1st kakak . mase kakak mule2 juling aku mcm tak bole terima . sedih sangat hati aku tp aku tau nie semua silap aku . aku punca semua nie . 

.... ada mulut jahat panggil kakak HEI JULING

bile berdepan dengan orang luar . org dok perati mata kakak . ade yg mulut jahat panggil kakak HEI JULING 😢tau tak ape perasaan aku mase tuh ? aku menangis weyhhh depan org ... kakak da faham ape org ckp mase tuh . dia terduduk malu . tersipu malu . aku cpt2 peluk dia . tape kakak mmy ade . mmy akan usaha ape saje utk pulihkan mata kakak supaya kembali normal mcm dulu . mase check up ritu . doc cakap kakak rabun . tinggi power rabun kakak . rabun 250 . silau 75 . 

Last choice kena operation
doc suro kakak pakai spec utk tegakkan mata dia semula . andai kata pakai spec pun mata kakak tak normal semula . last choice OPERATION ... allahu ... terkedu mase tuh 😔 balik dr hospital . cepat2 mmy ajak ddy g kedai cermin mata walaupun mase tuh mmy ddy tade duit kak . untuk pengetahuan korang aku dgn laki aku tgh susah sekarang . tp malas nak cite banyak la . yg tau life aku mcm mane skrg . tau lah kan ... nasib la aku ade gelang emas . aku patah balik uma amek gelang emas then pegi pajak . duit tuh aku buat utk beli cermin mata kakak . gelang emas tak padu pun , lepaslah buat cermin mata dia😌 aku da tak pk ape dah . tapelah . emas bole beli nnt . anak2 lagi penting . 

Kakak sekarang kena pakai cermin mata selalu
now kakak kene pakai cermin mata selalu even kat rumah pun . kene kerap pakai bia mata dia cpt baik . bulan 8 nie ade check up lagi dengan doc pakar mata . mmy doakan mata kakak kembali normal seperti biasa ye syg sebelum bulan 8 nie . aamiin ...

PERINGATAN buat ibu bapa...

Ibu kepada kanak-kanak yang menghidap mata juling ini mengingatkan dan menasihati para ibu bapa agar mencegah anak-anak yang masih kecil bermain telefon pintar . Hal ini kerana untuk mengelakkan daripada berlaku nasib yang sama seperti anaknya.

Dia juga menyarankan agar cegah anak-anak daripada melihat telefon pintar dalam gelap kerana boleh merosakkan mata.

:: pengajaran untuk ibu bapa kat luar sane , stoplah bagi anak2 korang ngadap hp sblm jd mcm anak aku . lagi2 tengok hp dalam keadaan gelap . nnt menyesal tak sudah mcm aku 😔
korang semua doakan mata anak aku normal macam dulu yew 😊
NIK NUR SOFFEA AMANDA
3 TAHUN 2 BULAN
mumy dady adik sayang kakak

Sumber : Facebook Sheda Lehon

No comments

Powered by Blogger.
a