Header Ads

"Minggu lepas Dr. kata bumi ni sfera,Pagi ni Dr. kata tak sfera sangat...Dr. biar betul..?"- Jawapan Angkasawan Negara Dipertikai, Netizen Serang Ruangan Komen Suhaimi Saad


Bekas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad tular baru-baru ini dengan bermacam kontroversi melalui status yang dimuat naik olehnya di laman Facebook sehingga mencetuskan pelbagai respon ketidakpuastian pada Netizen. Dia juga lantang bersuara di ruangan Facebooknya dengan bermacam-macam topik.

Terkini, Suhaimi Saad mencabar angkasawan negara untuk bersumpah bahawa bumi itu berbentuk bulat sfera. Kenyataan tersebut dikeluarkan menerusi Facebooknya, pagi Rabu lalu.

Angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor memberi respon mengenai cabaran Suhaimi itu menerusi laman sosialnya, sebentar tadi.



Dr Sheikh Muzaphar rasa bertanggungjawab untuk menceritakan fakta sebenar tentang persoalan dari Suhaimi Saad yang tular baru-baru ini, memandangkan dia berpeluang melihat sendiri di hadapan matanya bumi ciptaan Allah ini ketika menjadi Angkasawan Islam yang ke 9 menerokai angkasa lepas.
Pic - Is the Earth flat ?
Hati ini terdetik untuk menjawab desas desus mengenai persoalan di atas ...
Sebagai Angkasawan Islam yang ke 9 menerokai angkasa lepas , adalah menjadi tanggungjawab untuk diri ini menceritakan fakta sebenar ...
Mengelilingi Bumi sebanyak 16 kali sehari 
Setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam 
Mengelilingi Orbit dengan kelajuan 27000km/hr
Laungan Azan kedengaran seketika 
Bibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Illahi
Melihat Bumi dengan mata sendiri 
Degupan jantung berhenti seketika 
Meremang Bulu Roma 
Mata tidak terkebil 
Melihat Kebesaran Maha Pencipta 


Dr Sheikh Muzaphar menjelaskan bentuk bumi bukanlah seperti bola, tetapi lebih kepada bentuk sebiji telur.
Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasalepas ...
Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana 
MasyaAllah ...SubhanAllah ...
And the Earth is spherical in shape .
Geosphere to be exact .
Squashed at the poles and bulged at the Equator . 
Not like a ball but more to an egg .
Every human being should go to space if given the opportunity .
It changes your perspective on life as a whole .
It makes you a true believer on the Creator
The experience is truly amazing and spectacular.
It’s hard to change the minds of the flat-Earth believers 
But here I am sharing you my experience of what I have seen .
In the name of Allah it comes from my heart 
Salam Jumaat Everyone ...
Semoga mendapat Barakah semua .
Amiinn ...
Love As Always ...
PS - Just wanted to straighten the facts !


"Mungkin Doktor tak berapa jelas apa yang ss maksudkan dengan sumpah" - Suhaimi Saad


"Dr. biar betul?"- Suhaimi Saad



Respon Netizen




Sumber : Instagram ,  Facebook 

No comments

Powered by Blogger.
a