Header Ads

Mira Filzah kesal dituduh sindir isu menteri ijazah palsu


Pelakon dalam drama popular Pujaan Hati Kanda dan Lelaki Kiriman Tuhan kini terpalit dengan kontroversi menyindir beberapa menteri yang dikaitkan dengan penipuan ijazah. Mira Filzah kemudian tampil di laman sosial Twitter untuk perjelas dan menyangkal dakwaan dirinya ada memuat naik sebarang gambar atau status.

'Ini adalah akaun palsu bukan akaun Facebook saya'
Mira berkata, laman Facebook yang membuat penyebaran mengenai perkara itu adalah bukan miliknya dan meminta pihak yang menuduhnya agar menyemak kesahihan terlebih dahulu sebelum melemparkan tuduhan terhadapnya.

"Saya tidak berminat untuk terlibat dalam perdebatan media sosial tapi untuk menjernihkan keadaan, ini adalah akaun palsu dan bukan akaun Facebook saya.

"Sesiapa sahaja yang berkenaan sepatutnya semak terlebih dahulu", katanya di Twitter.

Status di akaun Facebook Mira.filzah mengundang padah

Pada Selasa lalu, akaun Facebook menggunakan nama Mira.filzah memuat naik gambar aktres itu ketika hari konvokesyennya dengan kapsyen "Ijazah Antarabangsa di UITM Shah Alam 'ori' bukan 'copy' tau".



Ia telah menimbulkan kemarahan segelintir pihak yang tanpa usul periksa menuduh Mira menghina menteri dan menggesa dia membuat permohonan maaf.



Malah, ada pihak yang meminta pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengambil tindakan terhadapnya serta memboikotnya.




Sementara itu, admin laman Facebook tersebut tampil menjelaskan kenyataan bahawa posting itu bukan ditulis atau dimuatnaik oleh artis Mira Filzah.

Jelasnya, profil tersebut sebenarnya adalah laman peminat Mira Filzah dan tiada kena mengena dengan aktres tersebut menerusi info laman Facebook terbabit.

Permohonan maaf dan penjelasan daripada admin akaun Facebook Mira.filzah

Page ini sebenarnya hanya laman peminat untuk Mira Filzah sahaja. Perkara tersebut telah ditulis di tuangan Story sejak dari awal penubuhan page ini dengan tajuk Mira Filzah Fans.

"Wallpaper page ini juga diletakkan gambar tertulis @mira.filzah.lovers,"kata admin.

Sehubungan dengan itu, mereka turut memohon maaf kepada Mira kerana telah mencemarkan reputasinya sebagai artis.

"Posting tersebut hanya sekadar gurauan tapi tak sangka telah diviralkan sebegitu rupa. Sekali lagi kami admin dengan penuh penyesalan memohon kemaafan", katanya.

Mira Filzah menerima permohonan maaf 
Walau bagaimanapun, hal ini telah selesai antara dua pihak iaitu aktres Mira Filzah dan admin akaun Facebook page Mira.filzah apabila aktres tersebut memuat naik status menerima permohonan maaf daripada pihak admin sebentar tadi.


Sumber : Twitter, Facebook

No comments

Powered by Blogger.
a