Header Ads

Misteri Pokok Petai 'Menangis' Akhirnya Terjawab....


Baru-baru ini tular di media sosial mengenai sebatang pokok berusia 30 tahun di Kampung Petani, Sering, Kota Baharu seperti sedang ‘menangis’ apabila pokok itu menitiskan air jernih seakan hujan renyai.
Malah kejadian pelik bermula jam 8 malam hingga 6 pagi itu turut menarik perhatian penduduk setempat untuk menyaksikan sendiri keanehan tersebut.
Menurut laman web cicadamania, apabila riang-riang atau nama saintifiknya Cicada berkumpul dalam jumlah yang banyak pada hari panas, serangga itu minum dari cairan pokok dan akan 'kencing' ketika berbuat demikian.

Pada waktu siang akan dapat lihat tompokan air di atas jalan dan dahan pokok yang masih basah seolah-olah disiram air sedangkan bukan pada waktu hujan.
Aneh dengan kejadian tersebut, penduduk setempat mula datang untuk menadah air berkenaan untuk dibawa pulang. Ada yang menjadikannya sebagai air minuman, membasuh muka dan juga mandi air yang berbau petai itu.

Bagaimanapun, misteri pokok petai menangis itu akhirnya terjawab. Air tersebut merupakan air kecing serangga riang-riang.
Mufti Kelantan Tegur umat Islam Jangan Taksub
Isu petai menangis diingatkan oleh Mufti Kelantan agar lebih berhati-hati dalam mempercayai sesuatu perkara sehingga boleh memberi kesan kepada gelincirnya akidah.
Isu petai menangis yang sudah viral dan menjadi bualan ramai, membuatkan ada sesetengah pihak boleh terjerumus dalam syirik kecil atau syirik tersembunyi kerana mempercayai perkara yang tidak sepatutnya.
Hal ini kerana ada tindakan segelintir masyarakat yang terlalu taksub dengan peristiwa petai menangis di Kampung Petani, Saring, sehingga ada yang sanggup mengambil air yang keluar dari pokok tersebut bagi tujuan perubatan dan sebagainya.
Sumber : sinar harian

No comments

Powered by Blogger.
a