Header Ads

(VIDEO)"Parang diacu, terngiang-ngiang jeritan kucing ketakutan, gara-gara disumbat dalam beg - Mangsa rompakan kedai haiwan trauma



Sebuah kedai haiwan di Taman Melawati di ibu negara telah berlaku kejadian rompak oleh beberapa individu lelaki yang memakai topi kaledar masuk ke dalam kedai. Mangsa mengakui yang dia masih terngiang-ngiang di kepala teringat jeritan kucing kesakitan disumbat dalam beg.

Salah seorang pekerja di situ dan juga mangsa kejadian kedai Neko Catrus, Nadrah Aqila Ahmad Nazim, 21 memberitahu sebelum kejadian itu, dia dan tiga lagi staf sedang berborak mengenai pelanggan mereka.




Lelaki bertopi kaledar masuk kedai

Menurut mstar, kejadian berlaku pada Rabu, lebih kurang pukul 7.05 malam. Sedang mereka berbual, tiba-tiba seorang rakan sekerja memberitahu dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila melihat beberapa remaja lelaki datang dengan topi kaledar masuk ke dalam kedai.

Staf lelaki cuba tahan pintu 



Seorang staf lelaki cuba menghalang pintu dan menyuruh pekerja-pekerja wanita itu melarikan diri. Namun, pintu ditolak agak kuat sehingga dia terpaksa melarikan diri melalui pintu belakang.

Sumbat kucing dalam beg

Dua perompak masuk ke dalam kedai sambil membawa beg untuk menyumbat kucing ke dalam beg tersebut. Lelaki pertama terus ke kaunter tempat mangsa berdiri. Dia diacukan parang dan diminta membuka kotak duit.




"Saya memang blur ketika itu. Langsung tak terfikir nak larikan diri.

"Saya terus beri kepadanya (bekas duit) dan lari ke belakang. Masa tu saya sempat tutup muka sebab tak bagi dia mengecam muka saya.

"Saya yakin mereka orang tempatan kerana dengar suara yang jelas dan langsung tak pelat apabila suruh membuka bekas duit" kata mangsa.


Menurut Nadrah, keadaan kedai agak sunyi pada hari kejadian dan tidak ada sesiapa yang berdekatan untuk meminta tolong.


“Kami buka pintu gril di belakang menjerit minta tolong. Kedai di sebelah premis saya kiri kanan memang kosong. Jadi kawasan itu agak sunyi sedikit.

“Saya cuba hubungi 999 tetapi terlupa alamat penuh kedai. Lepas kejadian barulah saya hubungi balik dan bagi alamat penuh.

“Mereka ambil dua ekor kucing 'British short hair’ yang harganya RM2,800 dan seekor Persian, RM400.

“Selepas kejadian, kami terus buat laporan polis,” jelasnya yang memberitahu nilai wang tunai yang dirompak berjumlah RM2,300.

Nadrah yang sudah tiga tahun lebih bekerja di kedai ini memberitahu insiden rompakan ini pertama kali berlaku.


“Sebelum ini Mei tahun lalu ada kejadian curi kucing, tetapi milik pekerja di sini dan kucing tempatan sahaja.

“Selepas itu, Disember lalu, saya yakin orang yang sama juga datang menyamar jadi pelanggan dan terus ke belakang nak ambil kucing. Tapi masa tu kami sempat melarangnya.

Sudah sasar nak curi kucing 

“Saya syak memang mereka sasar nak curi kucing. Mereka dah siap bawa beg kucing.

“Saya memang sedih fikirkan kucing itu kerana saya jaga, bagi makan kedua-duanya. Yang seekor tu (british short hair) memang penakut.

“Saya masih teringat kucing tu menjerit ketakutan ketika mereka sumbat dalam beg. Saya sangat marah, geram.

“Saya harap kucing-kucing itu selamat. Tak tahu nak fikir apa sebab mereka memang dijaga rapi di sini,” katanya.

Kes ini tidak akan dilayan oleh polis


Tambah Nadrah, ketika kejadian kecurian yang pertama tahun lalu dia tidak membuat laporan polis kerana menganggap kes seperti ini tidak akan dilayan pihak berkuasa.

“Tetapi saya silap kerana polis akan terima semua kes, termasuk kehilangan kucing.

“Dan saya yakin kali ini mereka (perompak) tidak akan selamat lagi. Saya harap mereka ditangkap dan kucing itu dikembalikan,” ujarnya.

Staf trauma

Nadrah memberitahu, selepas kejadian semua staf agak muram dan masih trauma dengan kejadian itu.


Dua ekor kucing yang dibawa lari perompak

Terfikir keselamatan kucing


“Hari ini (Khamis) semua diam dan kami tak berapa gembira kerana fikirkan keselamatan kucing itu.

“Saya sendiri masih trauma bila teringat parang diacu ke arah saya, tetapi lebih teruk lagi jeritan kucing tu masih terngiang-ngiang.

“Sebelum ini bos (pemilik kedai) selalu berpesan kalau jadi kes seperti ini selamatkan diri terlebih dahulu. Nyawa lebih penting.

“Saya bernasib baik kerana tidak diapa-apakan. Cuma masih terfikir kenapa sanggup rompak kucing?,” ujarnya.

Ironinya menurut Nadrah, balai polis hanya beberapa meter dari tempat kejadian.

"Mereka memang berani walaupun balai polis berdekatan dengan kedai.
"Sejak kejadian, pihak polis kerap membuat rondaan di kawasan ini.

"Jadi kami rasa sedikit selamat," katanya.

Sumber : mstar


No comments

Powered by Blogger.
a