Header Ads

Perancangan Priyanka Chopra dan Nick Jonas Tentang Anak


PELAKON Priyanka Chopra masih belum terfikir mengenai perancangan untuk mempunyai anak buat masa sekarang.

Menurut laporan Timesofindia, Priyanka berkata dia dan Nick ketika ini terlalu sibuk dengan kerjaya seni namun tidak menolak sekiranya diberi rezeki anak dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, pasangan suami-isteri ini dikatakan bakal bekerjasama secara profesional menerusi projek istimewa tidak lama lagi.

Priyanka ketika ditemui media baru-baru ini turut tidak menafikan khabar angin tersebut.
Biarpun pasangan itu sentiasa meluangkan masa bersama, namun mereka tahu cara untuk membahagikan masa kerja dengan kehidupan peribadi.

No comments

Powered by Blogger.
a