Header Ads

Remy Ishak dapat pujian Zarina Zainuddin, atas layanan 'humble' kepada anaknya penghidap autisme



Pelakon tall, dark, handsome dan usahawan tudung yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan, Remy Ishak selepas drama bersiri 'Pujaan Hati Kanda' dan 'Lelaki Kiriman Tuhan' yang dimainkan di kaca TV, ternyata memberi impak besar serta menjadi pujaan hati ramai tidak kira pada penonton awam mahupun anak-anak selebriti.

Pelakon dan pengusaha pulut kuning dan rendang popular tak lain tak bukan milik Zarina Zainuddin, dia kerap berkongsi tentang aktiviti harian anak-anak istimewanya di Instagram, kali ini dia berkongsi tentang imbau kembali kenangan ketika penggambaran sebuah drama bersama pelakon kacak hitam manis pujaan hati ramai itu. 





Seperti yang semua ketahui, Zarina ternyata seorang ibu yang sabar dalam membesarkan kedua-dua anak lelakinya yang menghidap autisme, iaitu Azal dan Azil. Dia sangat salute dengan Remy Ishak yang melayani salah seorang anak autismenye, Azal dengan sangat rendah diri dan baik sekali.




Dalam satu entri di Instagramnya, Zarina mengimbau kembali kenangan ketika penggambaran sebuah drama bersama Remy Ishak.
"Remy mengusik cakap kat Azal awak kerja dengan Abang Remy lah ya, jadi PA abang.

"Azal senyum dan berkata heiii tapi Azal PA to Zarina Zainuddin only," tulis Zarina mengimbas kembali.

Sambil tersenyum Remy memberitahu Zarina beruntung mempunyai anak syurga.

"Azal seorang anak yang jujur dan baik. Dia selalu mengalah untuk adik abangnya.

"Dia pandai bawa diri dia walau ke mana dia pergi," jelas Zarina.




Sumber : Instagram 

No comments

Powered by Blogger.
a