Header Ads

Resepi Ayam Masak Halia 'Tanpa MSG', Dijamin Ringkas & Terangkat Kesedapannya


Tak perlu menggunakan 'artificial-flavouring' untuk menghasilkan hidangan Ayam Masak Halia yang sedap ini. Semua bahan 'all-natural'!


Kebanyakan resipi yang diterbitkan pada masa kini akan menggunakan perisa 'MSG' untuk menambahkan lagi rasa dalam hidangan.


Tetapi penggunaan 'MSG' yang berlebihan tidak digalakkan dan selalunya dikaitkan dengan kesan-kesan negatif, seperti peningkatan berat badan yang drastik.


Ini dia lauk untuk tingkatkan selera keluarga iaitu Ayam Masak Halia simple yang dihiasi dengan bahan segar sahaja unuk mendapatkan hidangan yang cukup 'flavorful'.


Selain itu,  penggunaan halia juga sangat elok untuk sesiapa yang selalu mempunyai perut kembung, dan ingin membuang angin dalam badan. Jika anda nak lebihkan perisa halia dalam hidangan ini, adalah digalakkan.

Resepi Penuh
Saiz hidangan: Menghidangkan 5-6 orang.
Masa penyediaan: 40 minit.


Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (dipotong kepada 16 bahagian)
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 biji bawang (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 10 batang cendawan tiram (dihiris)
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1/4 cawan air tepung jagung
  • Garam secukup rasa
  • Daun bawang (dihiris)

Tips Masak!


Cara:

1. Dalam mangkuk besar, gaulkan ayam bersama serbuk kunyit sehingga rata. 
2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali tersebut. Goreng ayam sehingga separuh masak. Ketepikan. 


3. Dalam kuali sama, masukkan bawang merah, halia, cili merah dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan cendawan tiram dan ayam goreng kunyit. Gaul.


5. Masukkan kicap cair, sos tiram, lada hitam, air tepung jagung dan garam. Gaul.
6. Lauk Ayam Halia siap untuk dinikmati bersama taburan daun bawang!


7. SIAP!

Selamat Mencuba!

Sumber : Says

No comments

Powered by Blogger.
a