Header Ads

Tahukah anda 'Gembira itu tak semestinya bahagia' ? - Prof Muhaya Kongsi Tips Nak Kekal Bahagia


Ramai dalam kalangan kita ingin kecapi kebahagiaan dengan mudah. Tetapi masih tidak tahu tentang konsep bahagia yang sebenarnya.

Prof Muhaya Muhamad iaitu seorang doktor pakar mata sering memuat naik kata-kata motivasi di laman Instagramnya sekaligus memberi ramai pengikutnya untuk memajukan diri dan bermuhasabah.

Menurut Prof Muhaya, konsep gembira dalam fahaman mudahnya, cuba anda imbas kembali zaman waktu kecil dahulu, anda bermain bersama rakan-rakan dan saat itu anda sangat gembira. Apabila pulang ke rumah, gembira itu tak sama seperti anda berjumpa rakan. Malah, gembira itu hanya diperoleh pada waktu bermain sahaja.

Definisi bahagia pula adalah apabila sudah meningkat dewasa, anda berkahwin dan mempunyai pekerjaan dengan gaji lumayan dan perniagaan yang berjaya sehingga peroleh keuntungan yang banyak, saat ini anda sangat bahagia kerana mempunyai segala-galanya. Namun akan wujud rasa tidak senang oleh orang lain terhadap diri anda. Saat ini kebahagiaan itu pudar kerana orang lain tidak senang dengan kehidupan anda.

Tetapi, anda perlu ingat, pada saat akhir, anda pasti akan kecapi bahagia apabila anda rasa tenang. Bagaimana mahu dapatkan ketenangan ? Mudah saja. Hanya perlu ingat pada Allah pencipta kita.

Dalam al-quran dalam surah Ar-Ra'd surah ke 13, ayat 28 ada menyatakan,



Hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang. Oleh sebab itu, banyakkan ingat Allah daripada ingat makhluk, seterusnya menjaga solat lima waktu.

Kesimpulannya, orang yang gembira tak semestinya bahagia, orang bahagia tak semestinya tenang.  Tetapi. orang yang tenang akan perolehi semua.


Tonton video penuh bermanfaat daripada Prof Muhaya.



Sumber : Facebook

No comments

Powered by Blogger.
a