Header Ads

(TERKINI) Ngeri! Geng Motor Bersenjatakan Parang Kejar & Samun Banyak Rumah Semasa Pintu Pagar Terbuka


Terkini, kejadian samun dari geng bermotor yang bersenjatakan parang menyerang rumah-rumah pagar terbuka dan kejar hingga ke dalam rumah. Video kejadian tular di laman sosial Twitter Facebook semalam, apabila seorang bapa nyaris ditetak oleh penyamun yang datang mengejarnya hingga ke depan pintu rumah. 



Hasil dari rakaman kamera pangawasan litar tertutup (CCTV) sekitar jam 4.15 petang, kumpulan penyamun tersebut terdiri daripada enam hingga tujuh orang lelaki memakai topi kaledar dengan menaiki motosikal jenis Yamaha 125z antaranya berwarna biru, kuning dan hitam.




Beberapa rakaman video samun yang tular dipercayai berlaku di kawasan Bukit Kuchai di Puchong dimana seorang lelaki nyaris menjadi mangsa samun kumpulan berkenaan yang bersenjatakan parang di kawasan rumahnya.
Bagaimanapun lelaki berkenaan terselamat daripada menjadi mangsa serangan samun bersejata tersebut apabila sempat masuk ke dalam rumah dan menutup pintu yang turut dibantu oleh dua lelaki, dipercayai anak kepada lelaki berkenaan.

Tambahan lagi, ada maklumat yang dikongsikan oleh individu di laman facebook yang menggunakan nama Faizul Bin Mursidi pula mendakwa kumpulan penyamun berkenaan juga terlibat dalam kejadian jenayah yang sama di beberapa kawasan yang lain antaranya di Taman Sri Medan Telok Panglima Garang dan Kg. Raja Uda di Klang.




Menurut Faizul lagi, salah seorang mangsa kepada kumpulan penyamun berkenaan adalah wanita yang kerugian pelbagai barangan berharga termasuklah rantai, telefon bimbit dan wang tunai.
Faizul turut menambah pergerakkan kumpulan lelaki bermotosikal itu berjaya dirakam melalui CCTV yang dipasang pada rumah beberapa orang penduduk di kawasan taman dimana mereka menjalankan aktiviti jenayah.

Hati-hati semua!



Beberapa video kes samun semalam

No comments

Powered by Blogger.
a