Header Ads

”Tidak Berlaku Di Premis Atau Pejabat JPJ”, Pihak JPJ Perjelas Isu Insiden Pergaduhan Viral Yang Didakwa Berlaku Di Kaunter JPJ


Baru-baru ini tular di media sosial, pertengkaran antara seorang individu dengan pegawai bertugas yang didakwa berlaku di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Video berdurasi 43 saat itu mengundang andaian ramai dan pelbagai persepsi negatif masyarakat.

Sehubungan dengan itu, JPJ menerusi laman Facebook rasminya mengeluarkan kenyataan bahawa pihak JPJ tidak sama sekali terlibat dalam hal berkenaan. Siasatan juga mendapati situasi tersebut tidak berlaku di premis atau pejabat JPJ sebagaimana yang diuar-uarkan ramai sebelum ini. Ikuti kenyataan seperti di bawah.

Menurut kenyataan rasmi dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) :

TULAR MENGENAI

KLIP VIDEO INSIDEN PERTENGKARAN DI KAUNTER

27 FEBRUARI 2019

1. Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia memandang serius sebuah klip video yang tular di media sosial dan aplikasi Whatsapp berdurasi 43 saat sejak semalam mengenai satu insiden pertengkaran di kaunter di mana seorang individu dalam video tersebut telah memaki hamun pegawai bertugas kaunter.

2. Siasatan lanjut mendapati situasi berlaku tidak berlaku di Premis atau Pejabat JPJ sebagaimana yang diwar-warkan dan tular.

3. Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia sentiasa mengingatkan Warga Cemerlang JPJ agar sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan yang menerapkan ciri-ciri kendiri yang selari dengan kehendak masa dan zaman ini agar rakyat mudah berurusan, tidak sukar berurusan tanpa menimbulkan masalah mendapat layanan yang sewajarnya.



Video Tular Seorang Lelaki Mengamuk Di Kaunter Yang Didakwa Kaunter Sebuah Jabatan Kerajaan




Sumber : Jabatan Pengangkutan Jalan

No comments

Powered by Blogger.
a