Header Ads

'Trip 4 Hari 3 Malam Ke Hatyai Songkhla, Bajet Tak Sampai RM200', - Gadis Ini Kongsi Pengalaman Percutian Jimat!

Percutian bersama rakan-rakan pasti diimpikan oleh si penggemar food hunting dan travel. Pemilihan tempat mesti menarik dengan pelbagai makanan yang boleh terima tekak dan semestinya kos yang berpatutan. Tidak perlu lama pun sebenarnya 3-4 hari dah memadai untuk meluangkan masa dengan teman-teman. Tempat cantik tapi makanan tak kena tekak pun tak best juga. Betul tak ? Dan Hatyai memang terkenal dengan barang yang mempunyai harga berpatutan, kaya dengan makanan dan sangat murah bersesuaian dengan tekak orang Malaysia. Dengar cerita, kedai 7 Eleven di sana terkenal dengan kesedapan air kopi, burger dan lain-lain. Berbeza dengan kedai 7 Eleven di Malaysia. Nak tahu betul atau tidak kena pergi lah.

Gadis yang menggunakan nama Fysha Areena di Facebook, telah berkongsi itenari menjelajah bumi Hatyai Songkhla selama 4 Hari 3 Malam bersama beberapa rakan-rakannya dengan perbelanjaan kurang dari RM200 iaitu dari segi kos perjalanan dan penginapan sahaja.

Ikuti entri penuh yang menarik ini. Baca sampai habis!

Since ramai dah tanya so meh cha habaq kat hampa itinerary kami pi Hatyai + Songkhla haritu 🤪
Plan lama dah tapi tularrrr tularrr tularrr , baik hampa plan last minute kompem jadi.

🌹🌹TRIP BOSKURRR PI HATYAI SONGKHLA 4 HARI 3MALAM 🌹🌹

27/1/2019-30/1/2019

27/1/2019 :


 Kami gerak naik keta dari penang direct terus pi KTM ARAU . 
Masa tu kami boh RM30 duit minyak habuan pi balik + ada kejadian minyak keta habis sampai kena tolak keta. So sediakan payung hokayyy .#maluapaboskurr .

 Duit tol kami boh RM20 ja

 Sampai ja ktm arau ,beli terus tiket pi padang besaq RM3.20

 Nak pi sana , hampa kena pandai2 bajet masa tau sebab train nak masuk hatyai ada 2 masa ja .

 Kat KTM padang besaq , dia ada 1 kaunter khas untuk beli tiket masuk sana . Memang kaunter tu orang siam jaga . Habang braces 🤭
Harga tiket dia RM7 , kalau nak bayaq pakai duit depa takpa .





 Dah settle tiket apa semua , depa akan bagi kertas biru , kertas tu hampa isi jangan bagi hilang . Nanti hari hampa nak balik malaysia depa akan mintak .

 Masa tunggu nak naik tren tu , ada abang sorang ni dok jual kad sim thai . Boleh bayaq pakai duit depa n duit kita . Pandai bodek , cha dapat RM24 😂Unlimited . Lajuuu baqq hianggg . Puah aty .

 Nak pi sana dalam sejam ja , dah sampai sana hampa tengok lah mana murah . Grab atau tuktuk . So kami first day kami pilih naik grab . 





 Dari Hatyai junction - Talad Nam khlong Hae Resort (140baht) 


 So 4 hari 3 malam kami just (2832baht) RM367 untuk 2 rumah kecik tapi kami dapat diskaun (2830baht)

 Resort kami betul betul tepi Khlong Hae Floating Market . Jalan kaki sampai dah . Jimat.

Kami sampai dah lewat dah , so settle ja check in , rehat jap terus p khlong hae floating market .



Second day 
kami pi CHABURA DIMSUM HATYAI .
Grab (110baht )

Kat situ hampa senang nak cakap dengan depa sebab mostly reti cakap melayu .
Harga dimsum situ murah . Ada dalam 5kupang . Seringgit . Masa tu pakai ambik ja . Tak tengok pun harga tapi serius murah 😅
Selain dimsum, ada ja makanan2 lain yang jenis goreng2 . Hampa boleh order depa buat . Tapi serius cha suka gila pau greentea depa 😭😭😭 mana nak carik kat sini .
 Dah settle makan kat sana , kami direct pi MUNICIPAL PARK
Tuk tuk (200baht)
Kat situ banyak temple . Nak tangkap gambaq okelah kat situ .
Nak naik situ memang tinggi namateyy .. so better hampa naik minibus depa .
(40baht) untuk pi balik
 Settle bergambaq semua,
kami terus gerak p PANG CHANG PUAK CAMP
Grab (90baht)

Kat situ banyak aktiviti boleh buat tapi kami semua memang aim nak pi main ATV ja . 
So untuk main ATV sorang (500baht)
Dia akan bawak pusing2 kot belah dalam hutan tu.
Ha , before hampa main dia akan tangkap gmbaq hampa so nanti bila nak balik depa jual lah gambaq tu dalam harga (200baht) sekeping gmbaq skli dengan frame . I pun beli 😂
 Dari Pang Chang Puak Camp,
kami terus pi KAI TOK DECHA
Grab (160baht)
Kat sini sedap . Dia punya nasi ayam pun cenggini 👍🏻 . Kedai ni viral gak lar tapi kami tak sempat nak makan daging bakaq depa . Takpa , lain kali .
 Dari kedai makan ni kami terus balik resort semula .
Grab (180baht)
Yang best bila hampa mai travel dengan kengkawan . Hampa siap boleh balik resort , landing , main pubg lagi . Hahaha . Kami rehat sampaiiiiiii malam 😜😜
 Then malam,
kami pi berjalan kat WALKING STREET LEE GARDEN ja
Grab (150baht)

Kat situ banyak depa menega kat tepi tepi jalan . Macam night market kat batu feringghi . Night market kat langkawi . Lebih kurang camtu lar . Nak beli ole ole ka apa boleh tengok tang ni .
 Bila nak balik kami naik choly .
First time gak naik benda ni . Taktau kata wujud . Hahaha
So harga dia hantaq p resort pakej angin sempoi sempoi bahasa (140baht)

Third day
Kitorang terus pi HATYAI CENTRAL MOSQUE .
Grab (130baht)

Masjid ala ala taj mahal . Kitorang terus jamak kat situ . Serius tenang ja . Masjid dia luas n kosong . Hahaha . Tapi serius cantik lar . Nak bergambaq pun puas hati .
 So dari masjid,
Kami terus pi ASEAN NIGHT BAZAAR
Grab (210baht)
Kat sini tempat beli belah gak . Tapi mostly barang depa jual sama ja 😅
Pi tempat makan depa . Serius tak menyesal . Bab makanan mai hatyai memang tak menyesalll weh . Hahaha
 GREENWAY FOOD CENTRAL
Walking distance ja dalam 10 minit camtu dari Asean night bazaar . Dia macam asean night bazaar gak cuma kalau hampa nak makan kena perati betul betul sebab ada yang tak halal . Kat situ dia guna konsep cam kad stabakk . Hampa topup dalam kad n p beli . Settle beli p kaunter ambik balik baki duit hampa .
 Kami balik resort , kami naik tuk tuk dalam (200baht) .
Last day memang tak banyak gambaq .
Kami tak berjalan mana pun sebab memang aim nak kejaq train pagi . So bangun tidoq terus berkejaq kejaq pi Hatyai Junction
Grab (150baht)

 Harga tiket train Hatyai-Padang besaq
(50baht)

 Ktm Padang besaq-Ktm arau (RM3.20)
💐 Then terus gerak balik penang berbekalkan minyak yang lebih haritu.
🌈 So conclusion untuk trip ni kami pi 4 orang so bahagi semua 4 orang .
4 HARI 3 MALAM
First day:
Rm50 (duit tol + minyak)
Rm3.20 - duit ktm arau pi padang besaq
Rm7 - duit train pdg besaq pi hatyai
2970 baht (duit resort + grab)
Second day:
1030baht (grab+tuktuk+choly)
Third day:
540baht (grab+tuktuk)
Last day:
150baht
50baht - tiket hatyai pi padang besaq
Rm3.20- tiket padang pi arau
Sorang : 1222baht/RM159(kat siam)
RM25.90 (kat malaysia)

= RM184.90
Sumber : Facebook 

No comments

Powered by Blogger.
a