Header Ads

(VIDEO) Detik Cemas Penumpang 'Terbalik', Gara-Gara Roller Coaster Tiba-Tiba Berhenti


Sebuah taman tema yang mempunyai mainan roller coaster dahsyat yang membawa penumpang menaiki roller coaster telah berhenti tiba-tiba.



Roller coaster ini sepatutnya tersebut melalui landasan rata (horizontal) sahaja, kemudian akan memecut menjunam dengan ukuran 90 darjah kali ke bawah. 

Kali ini, sesuatu telah terjadi apabila 20 orang penumpang ditinggalkan dalam keadaan terbalik kepala dibawah kaki di atas dengan ketinggian 15 tingkat kerana roller coaster tersebut berhenti secara tiba-tiba pada ketinggian kemuncak sebelum perlahan-lahan memecut laju ke bawah.



Penumpang yang menaiki roller coaster yang berdepan detik cemas itu tergantung lama dengan keadaan terbalik.

Kejadian ini berlaku di Taiwan dan pada mainan roller coaster yang diberi nama Gravity Max yang direka pada ketinggian 35 meter di atas tanah.




Media melaporkan ia berpunca daripada masalah teknikal permainan tersebut dan kesemua mereka selamat diturunkan menggunakan tangga keselamtan manual tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.
Pengarah taman tema dalam satu temubual memberitahu permainan itu telah memenuhi kriteria keselamatan sepenuhnya dan selamat.  Walau bagaimanapun, faktor angin kencang, hujang lebat dan kabus antara yang menganggu perjalanan roaller coaster tersebut.


Sumber : MIRROR

No comments

Powered by Blogger.
a