Header Ads

(VIDEO) Gara-Gara Tak Bagi Pegang Telefon Bimbit, Suami Kelar Leher & Belah Perut Isteri Yang Sarat Hamil Hingga Maut

Rumah tangga yang sentiasa harmoni diimpikan oleh semua pasangan suami isteri. Namun, masalah dalam rumah tangga memang tidak dapat dielakkan kerana sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Sekecil dan sebesar mana pun masalah itu, berbincanglah seeloknya dan pasti akan ada penyelesaiannya jika suami isteri memupuk sikap saling bertolak ansur dan merendahkan ego seketika.
Walau bagaimana pun, tak semua mahligai yang dibina berakhir dengan kedamaian apabila menghadapi masalah rumah tangga seperti pasangan suami isteri di Bengkulu Sumatera Barat, Indonesia ini.

Tidak diizinkan untuk check phone isteri

Pasangan ini mempunyai pengakhiran perkahwinan yang tragis apabila si isteri yang sedang mengandungkan anak ketiga mereka, terbunuh gara-gara dibelah perutnya oleh si suami. Kejadian aneh itu berlaku akibat daripada si isteri tidak mengizinkan suami untuk memeriksa telefon bimbit milik si isteri.

Difahamkan, pasangan ini sudah mengalami masalah rumah tangga sejak empat bulan terakhir. Bukan itu sahaja, si suami juga mengaku telah membelah perut isterinya dengan menggunakan parang dan mengeluarkan bayi dari perut isteri selain mengelar leher isterinya.

Pengakuan dari suami





Menurut laporan Tribun News, bayi tersebut dalam keadaan selamat dan si pelaku ditahan polis untuk siasatan.




Sumber : Tribun News

No comments

Powered by Blogger.
a