"2000 Orang Terjejas & Tak Perlu Isytihar Darurat. Wow...Amazing" - TMJ Respon Kenyataan Tiada Keperluan Isytihar Darurat di Pasir Gudang
Semalam, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, telah berangkat ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk melawat mangsa-mangsa pencemaran sisa kimia yang berlaku di Sungai Kim Kim baru-baru ini.
Kenyataan dari Menteri Besar Johor dan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dibalas semula oleh Tengku Mahkota Johor menerusi laman Twitter miliknya apabila diberitahu tiada keperluan darurat dan tidak perlu pemindahan rentetan dari kes pencemaran sisa kimia yang telah menjejaskan kesihatan kira-kira 2000 orang penduduk Pasir Gudang.
![]() |
Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian |
Menteri Besar juga meminta agar masyarakat bertenang dan memberi kerjasama penuh dan keyakinan kepada pihak berkuasa untuk mengurus bencana ini dengan cekap, cepat dan selamat.
![]() |
Tun Dr Mahathir Mohamad |
BACA JUGA : "Tak Perlu Isytihar Darurat, Tak Perlu Pemindahan" - PM
Tengku Mahkota Johor memberi respon menerusi laman sosial Twitter miliknya.
Tak isytihar takpa. Tapi ...
Tak isytihar takpa. But atleast evacuate the area until everything is Stable and safe.— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) March 14, 2019
'Wow...Amazing", tulis TMJ berikutan keluar kenyataan dari Tun Mahathir tiada keperluan isytihar Darurat walaupun sudah mencecah seramai 2000 orang yang terkesan dengan pencemaran.
2000 people affected and no need to isytihar Darurat. Wow.. Amazing.— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) March 14, 2019
Sepatutnya hari pertama dah isytihar Darurat – TMJ
Tengku Mahkota Johor berpendapat bahawa sepatutnya pada hari pertama kes pencemaran ini berlaku sudah diisytihar Darurat dan memindahkan penduduk ke tempat lain buat sementara waktu sehingga boleh dijamin keadaan kembali selamat.Sepatutnya since first day dah isytihar Darurat dan pindahkan penduduk ke tempat lain buat sementara. Sampai dapat gurantee that it is safe.— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) March 14, 2019
Sumber : Twitter & Facebook HRH Crown Prince of Johor
Post a Comment