Header Ads

'Kena Hina Sebab Takde Rupa,A. Aida Faham Ke Rukun Lakonan?,Mungkin Dia Lupa Rupa Paras Pun Boleh Digilap Sekarang Ni' - Selebriti Tempelak Kenyataan A.Aida Utamakan Paras Rupa


Hangat diperkatakan isu sesi uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) dan kenyataan dari penerbit popular iaitu Datuk A Aida telah memberikan komen jujur tentang peserta yang hadir uji bakat tersebut di mana mereka perlu mempunyai rupa dan pakej yang lengkap.
Tidak mahu memberi harapan palsu, A Aida berkata jika tiada pakej lengkap tidak perlu buang masa hadir ke uji bakat kerana bakat boleh gilap tetapi rupa adalah paling penting untuk menjadi seorang selebriti.
Kalau boleh tak nak beri harapan kepada orang tapi saya perlu berterus terang. Ada seorang peserta yang datang untuk uji bakat setiap tahun sejak 5 tahun lalu tapi tiada pakej menarik.
Nak diangkat jadi duta DFKL ini, memang sah-sah kami nak macam Remy Ishak, Syafiq Kyle dan sebab itu saya tidak mahu mereka yang tiada pakej lengkap terus berharap.
Nak cakap tak kacak tak sampai hati pula tapi nak beri mereka faham, sudah-sudahlah! Ada yang datang tiada rupa atau penampilan tetapi keyakinan sangat tinggi.
“Sehinggakan saya tidak tahu bagaimana nak beritahu mereka supaya jangan buang masa datang ke uji bakat ini,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, A Aida turut menegur peserta yang terlalu yakin dan merasakan diri mereka layak sebagai duta DFKL agar cermin diri mereka terlebih dulu.
Saya sampai sudah tiada jawapan nak diberikan. Bagi saya ‘move on’ sajalah sebab memang mereka ini tidak akan dapat. Kadang kala saya pun pening nak cakap macam mana lagi waima nak tolak jadi pelakon ekstra pun tak lepas,” katanya.
Namun begitu, kenyatan jujur dari A.Aida telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan selebriti yang sudah berkecimpung dalam dunia lakonan berbelas tahun seperti Fauziah Ahmad Daud, Norkhiriah dan Que Haidar.
Sebagai seorang yang berjiwa dan menghargai seni, pelakon lagenda Fauziah Daud tidak dapat menahan rasa geram terhadap kenyataan penerbit A.Aida yang dianggap agak biadap kerana meminta bakat baru jangan membuang masa menghadiri sesi  uji bakat sekiranya mereka tidak mempunyai paras rupa yang cantik dan kacak.







Pelakon Nor khiriah dari yang dulunya tidak berhijab kini sudah berhijrah menceritakan dahulunya dia pernah dihina kerana tiada rupa paras dan menyatakan rupa paras bukanlah segalanya. 







Terpanggil utk bkongsi cite..akak pernah kena hina buruk,tkde rupa,gemuk,itam..kalu tb tu leh cakap mau menjerit suh cari keja lain...nama selalu kena rejek dgn stesen even watak org gaji..sampai patah hati dik oii..tp semua itu HAK ALLAH..cuma dulu tak mcm skrg..takde media2 sosial ni..kalu undi mmg undi betul..fan2 ni kurang tk mcm skrg..yelaa zaman dah berubah..akak faham..cuma bila pk balik berapa ramai pelakon2 dlu yg tkde rupa tp acting bagus nak mamp..sori mcm kasar skit bahasa..sb dlu nk dapat peluang tk mudah mcm skrg..kalu nangis mmg nangis sungguh,kalu masuk selut..jatuh ke apa ke..smua sendiri tkde stunt2..skrg base on follower..akak ni dik nasibaik Allah salurkan rezki melalui #nur..sb abam @budakijat masih nampak,ingat dan tau akan akak..orglain lom tentu..kalu ada pun watak ntah pape..maaf biarlah akak luahkan rasa sb bagi yg benar2 nak jadi pelakon pikirlah masak2 dik..kdg2 indah kabar dari rupa..nak pemes ssgt pun watpe..sudahnya nanti kalau sakit lom tentu mampu dok spital private..faham dok maksud akak?tak paham tkpe..cuma dalam idup jgnlah kita sombong bila kita ada..sebab kita tkde pape dik..semua Allah punya..maaf andai penulisan ni ada yg tk senang..malas nk tulis ppanjang..pendek janji paham..sudehhh😁

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on


Selebriti Que Haidar turut menyuarakan pendapat dan mengulas kembali kenyataan dari penerbit A. Aida bahawa tentang rupa paras yang dikatakan perlu dititkberatkan.



Sumber : Instagram, Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.
a