Header Ads

Anwar Isytihar Harta RM10.7 Juta Kepada SPRM

Anwar Ibrahim (Foto Kredit : The Star)
Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengisytiharkan hartanya bernilai kira-kira RM10.7 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan setiausaha sulitnya Shukri Saad, jumlah itu termasuk anggaran nilai semasa RM9.5 juta bagi rumah milik Anwar yang juga Presiden PKR di Bukit Segambut di sini.
Kediaman itu pada mulanya dibeli pada harga RM4.5 juta hasil daripada jualan rumah di Bukit Damansara pada 2005, kata kenyataan itu.
Turut diisytiharkan adalah sebidang tanah di Permatang Habib, Mukim Penor, Kuantan, Pahang yang dibeli pada 1974 dengan harga RM7,000, dan tanah itu kini dianggarkan bernilai RM420,000.
Kata kenyataan itu, harta selebihnya adalah daripada akaun-akaun pelaburan dan wang simpanan berjumlah RM828,658.83.
Dengan ini dimuktamadkan bahawa jumlah harta milik Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bernilai RM10,748,658.83,” katanya.
Kenyataan itu menarik perhatian bahawa Anwar telah menghantar perisytiharan harta kepada SPRM sebagaimana diminta kerajaan bagi semua anggota kabinet dan Anggota Parlimen Pakatan Harapan.
Sumber : BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.
a