Header Ads

Wanita parah dihentak bapa dengan tukul besi

Bapa adalah pelindung keluarga untuk isteri dan anak-anak. Lain pula ceritanya apabila seorang wanita berusia 24 tahun parah selepas dipukul bapanya dipercayai menggunakan tukul pemecah dinding dalam kejadian di Parit Sungai Melan, Kuala Kurau di sini petang semalam. 
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintandan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan mangsa dipukul dipercayai menggunakan tukul itu daripada pihak Hospital Parit Buntar pada pukul 7.25 malam.
Remaja dipukul dengan tukul besi ketika baca al-Quran

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, kejadian ituberlaku di Parit Sungai Melan, Kuala Kurau, Parit Buntar di mana wanita berumur 24 tahun parah dipukul ketika dia sedang membaca al-Quran.
Siasatan awal mendapati bapa mangsa yang bekerja sebagai tukang rumah itu baru sahaja pulang kerja antara pukul 5.30 hingga 6.30 petang semalam.
“Mangsa ketika itu sedang membaca al-Quran sebelum didatangi bapanya yang secara tiba-tiba bertindak memukul mangsa di beberapa bahagian kepala menggunakan tukul,” katanya ketika ditemui pemberita sebentar tadi.
Bapa menghentak kepada sendiri di dinding rumah

Selepas melakukan perbuatan tersebut, bapa yang berumur 58 tahun itu berasa kesal lalu bertindak dengan menghentak kepalanya sendiri pada dinding rumah.
Tambah Omar Bakhtiar, akibatnya mangsa parah manakala bapanya yang menyesal dengan kejadian itu bertindak menghentakkan kepadanya ke dinding rumah dan turut cedera.
Suspek turut mengalami keretakan pada tulang tapak tangan kiri akibat tindakannya mencederakan diri sendiri.
Punca belum dapat kerja selepas mendapat ijazah perakaunan
Menurutnya, siasatan juga mendapati punca kejadian dipercayai bapa mangsa bertindak demikian kerana mangsa belum menerima pekerjaan selepas mendapat ijazah dalam perakaunan.
“Polis menahan suspek di Hospital Parit Buntar ketika dia mendapatkan rawatan manakala mangsa yang dirawat di Hospital Taiping dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh berikutan kecederaan serius yang dialaminya,” katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah dengan sengaja

No comments

Powered by Blogger.
a