Header Ads

"Kesal dengan sikap isteri saya. Dia pertikaikan sikap saya tak basuh pinggan lepas makan" - Suami Naik Angin Isteri Suruh Basuh Pinggan Lepas Makan, Undang Kecaman Netizen


Suami isteri adalah pasangan yang harus saling melengkapi dan bantu membantu. Rumah tangga yang harmoni datangnya dari suami isteri yang mengamalkan sikap tolak ansur tanpa perlu berkira akan tanggungjawab meskipun bukan tugasnya.

Jika pentingkan diri sendiri, menganggap tidak boleh langsung membantu meringankan beban pasangan, anda sebenarnya tidak menghargai pasangan anda.

Tular di laman sosial Twitter, aduan dari seorang suami tentang isterinya yang meminta dia basuh pinggan apabila sesudah makan. Si suami melenting kerana merasakan itu bukan tanggungjawabnya dan lebih memilih untuk makan di kedai kerana hanya perlu makan dan 'tinggal'.




Rata-rata Netizen menyuarakan pendapat dan turut bengang dengan sikap si suami kerana lelaki ini tidak sepatutnya mengabaikan tanggungjawab meringankan beban isterinya yang penat memasak.











Sumber : Twitter sheikh anon

No comments

Powered by Blogger.
a