Header Ads

"Berpuluh kali minta duit sewa, tangguh dengan macam-macam alasan" - Tuan Rumah Bengang Penyewa Lari Tak Bayar Sewa, Tinggalkan Rumah Dengan Tahi Kucing Bersepah


Penyewa rumah adalah orang yang perlu bertanggungjawab dalam membayar sewa rumah, membayar bil utiliti yang telah digunakan dan juga menjaga rumah pemilik dengan baik. Beruntung bagi si penyewa rumah kerana ada tuan rumah yang ingin memberi pinjam rumah sebagai tempat berteduh dek kerana belum cukup duit untuk membeli rumah.

Lain pula cerita seorang pemilik rumah berasa kesal dan marah apabila sikap penyewa rumahnya tidak bertanggungjawab sebagai penyewa malahan lari tanpa membayar sewa tertangguh empat bulan sekali membiarkan rumah dalam keadaan menjijikkan. Status ini dimuat naik oleh tuan rumah, Suraya Md Amin di laman Facebook miliknya dan mendapat perhatian ramai yang juga senasib dengan dirinya.

Ikuti kisah penuh di bawah.

Post saya ni bukan nak aibkan siapa2, cuma berharap orang lain boleh amik iktibar & tak terkena nasib macam saya.

Penyewa tinggalkan rumah dalam keadaan hancur penuh tahi kucing
Penyewa rumah tinggalkan rumah yang hancur dan penuh dgn tahik kucing sebagai kenangan untuk tuan rumah. Oh ya dan juga meninggalkan hutang rumah sewa 4 bulan & segala bil2 utilities yang tak pernah berbayar.


Beri beribu alasan apabila diminta duit sewa rumah 
Bukan kata tak pernah minta sewa, dah berpuluh message..reply nya minta tangguh dan tangguh alasan nya :

1. Duit habis,urus kan pengkebumian adik
2. kene settlekan hutang abang, sbb abang berhutang dengan along
3. System grab buat hal, tk boleh nk draw duit
4. Tunggu hujung bulan baru boleh bayar
5 gaji kecik je rm2300 - ni rasa mcm nak cekik orang je, sy tk pernah paksa pon awk sewa rumah sy


Sifat malu penyewa tersebut senipis kulit bawang
Rasa nya dah masuk 4 kali dh suruh kluar, tp dia memang hati kering dan sifat kemaluan y senipis kulit bawang ðŸ˜¡ ..katanya dia cuma akan kluar bila dapat surat dari mahkamah..omaigod ni manusia dari planet mana ni, memang pemikiran di luar kotak..Dah melampau ni, tapi tu lah sebab kan ni adalah kes civil, polis pon tkleh buat apa( buat penat je klua masuk balai).


Penyewa bertindak potong mangga apabila sudah dihalau dari rumah
So IO suggest mangga rumah, bg surat notis suruh kluar dalam masa 7 hari then barang2 dalam rumah boleh buat cagaran.
Ingat kan dh settle lah, rupa nya dia tanpa rasa bersalah pergi potong mangga tu then then continue his life like normal..ya allah hebat nya ujian mu ðŸ˜¢...


Sewa tertunggak dan menipu serta larikan diri
Dipendekkan cerita, dia janji akan sette kan sewa tertunggak dan akan serah kan rumah dalam keadaan bersih. Once again, kene kencing lagi memang dia awal2 dah lari dan tinggal kan rumah yang macam tongkang pecah, saluran air yang tersumbat dengan tahi kucing & tombol pintu dipecahkan. Ini baru 6 bulan, kalau setahun tak tahu lah alamat nya memang rumah ni dah jadi sangkar kucing gamaknya.


Jangan mudah kasihan pada orang 

Conclusion siapa2 nak cari penyewa, please hati hati..Dont judge a book by its cover..rambut sama hitam tapi hati kita tak tahu & jangan mudah kesian dekat orang.

Ini penyewa yang didakwa tidak membayar sewa rumah 4 bulan dan meninggalkan rumah dalam keadaan penuh tahi kucing dan berantakan

Sumber : Facebook Suraya Md Amin

No comments

Powered by Blogger.
a