Header Ads

Cara Mudah Sejukkan Rumah Pada Musim Panas


Sejak cuaca panas melanda negara kita, ramai yang mengeluh kepanasan bukan sahaja di waktu siang, malahan di waktu malam juga terasa bahangnya.

Bagi rumah yang mempunyai penghawa dingin, beruntunglah, hanya perlu ambil alat kawalan penghawa dingin dan menekan butang 'buka'. Bagi rumah yang tidak mempunyai penghawa dingin bagaimana pula? Takkan nak beli penghawa dingin semata-mata untuk cuaca panas yang dijangkakan bakal berakhir hingga Mac ini, kemudian bil melambung tinggi?

Tahukah anda, ada pelbagai cara untuk menyejukkan rumah ketika musim panas walaupun tanpa penghawa dingin di rumah.

1. Letakkan besen air di bilik


Bilik akan menjadi sejuk jika diletakkan besen air kerana wap-wap panas akan diserap oleh air. Boleh cuba tau!

2. Pasang jaring kelambu dan buka tingkap pada waktu malam


Di waktu malam, udara panas akan mengewap. Buka tingkap untuk membebaskan udara panas tersebut. Bila tingkap dibuka pasti banyak nyamuk akan menyerang. Oleh sebab itu, dengan adanya kelambu yang anda pasang, dapat mengelakkan badan anda dari digigit nyamuk.

3. Gunakan lampu yang kurang mengeluarkan haba


Anda disaran menggunakan lampu jenis florescent. Hal ini kerana, lampu jenis ini mengeluarkan cahaya terang tetapi mengeluarkan sedikit haba. Malah lampu ini mampu menjimatkan elektrik.

4. Pokok ekor kucing boleh sejukkan rumah


Tanaman hiasan dalaman bukan sahaja untuk hiasan semata-mata, tetapi berfungsi untuk menyejukkan rumah. Antara pokok hiasan yang boleh digunakan ialah ekor kucing dan pokok palma. Boleh google kalau belum pernah tahu bagaimana rupa pokok tersebut ya!

5. Warna cerah dinding dapat pantulkan haba


Lebih baik anda jangan menggunakan warna gelap untuk dinding rumah kerana ia tidak memantulkan cahaya sekaligus rumah akan menjadi lebih panas kerana haba menyerap pada warna gelap. Gunakan warna cerah untuk pantulan cahaya yang baik dan menjadikan rumah anda lebih sejuk.

6. Jauhkan penghawa dingin dari TV dan komputer


Nampak macam remeh tapi sangat penting kerana komputer dan televisyen mengeluarkan haba yang banyak. Jadi, jika ianya diletakkan berdekatan dengan penghawa dingin, ia terpaksa beroperasi lebih untuk menyejukkan rumah anda.

Sumber : vitdaily

No comments

Powered by Blogger.
a