Header Ads

China perkenal teknologi baru 'pengecaman identiti manusia' melalui cara manusia berjalan


Anda boleh mengetahui banyak perkara mengenai seseorang melalui cara mereka berjalan, seperti di negara China, mereka telah memperkenalkan teknologi baru yang membolehkan mereka mengenal pasti individu menerusi gaya berjalan.

Ia dapat mengesan individu tersebut meskipun wajah mereka tidak kelihatan atau membelakangi kamera.

Dikenali sebagai pengecaman cara berjalan, teknologi itu direka oleh sebuah syarikat dan teknologi ini dinamakan sebagai sistem pengenalan gait teknologi Watrix (GRS) atau lebih ringkas dipanggil Watrix. Cara penggunaan teknologi ini adalah mereka akan menganalisis ribuan metrik mengenai cara seseorang berjalan, dari bentuk badan mereka dan sudut pergerakan lengan hingga postur badan.

Semua ciri-ciri ini dimasukkan ke dalam pangkalan data di mana perisian itu akan melakukan semakan semasa cubaan untuk mengenal pasti seseorang.

Menurut kenyataan, kadar ketepatanmengenal pasti manusia dengan menggunakan teknologi di makmal ini adalah sebanyak 94 peratus.

Teknologi pengecaman wajah telah lama dibangunkan, tetapi masih mempunyai kelemahan pada asasnya, di mana memerlukan wajah untuk dilihat bagi mengenal pasti seseorang.

Oleh itu, jika wajah seseorang tertutup daripada pandangan atau mereka membelakangi kamera, tetap boleh mengecam identiti mereka.

Menerusi pengecaman cara berjalan, ia berfungi dari pelbagai sudut kerana menganalisis begitu banyak metrik, yang boleh mengenal pasi subjek meskipun mereka cuba untuk menutup kaki.

"Menutup kaki anda boleh mengurangkan kualiti pengecaman tetapi kita menganalisa seluruh badan seseorang itu,"kata pengasas dan ketua eksekutif Watrix, Huang Yongzhen dalam satu kenyataan.

"Dengan pengecaman wajah, seseorang itu perlu melihat ke arah kamera. Kemudian pengecaman dengan menggunakan teknologi buatan kami" katanya.

Watrix mendedahkan teknologi unik ini adalah teknologi pengecaman cara berjalan yang pertama di China pada Oktober lalu.

Sumber : Oddity Central

No comments

Powered by Blogger.
a