Dah Pernah Jejak Indonesia? Ini Antara Tempat Makan Best, Pemandangan Memukau Bergambar Sepuasnya & 'Confirm' Tak Menyesal!
Indonesia merupakan salah satu tempat pelancongan para pengunjung luar. Dengan mata wang yang lebih rendah dari ringgit Malaysia membuatkan ramai orang Malaysia yang gemar melancong di sana dan puas berbelanja. Selain itu, Indonesia mempunyai sesetengah tempat yang pemandangannya begitu indah berkonsepkan alam semula jadi pantai yang jernih dan pokok-pokok hijau. Rugi kalau tak belum pernah menjejaki bumi Indonesia tau!
Ini antara tempat menarik yang boleh anda kunjungi di Indonesia bersama rakan-rakan, suami, keluarga dan sebagainya.
1) Bandung
Bandung semestinya menjadi salah satu tempat di dalam senarai WAJIB dilawati sekiranya anda merancang untuk terbang ke IndonesiaIa amat sesuai dijadikan tempat berbulan madu buat pengantin baru kerana pemandangannya yang sangat memukau, banyak lokasi menarik untuk merakam detik manis bersama pasangan dan kedudukannya yang berada di lereng-lereng pergunungan, menghasilkan udara yang sejuk dan nyaman sekali.
![]() |
Sweetnye kalau dapat naik basikal dengan kawan-kawan dan pasangan sambil pegang tangan begini |
![]() |
Tangkap gambar banyak-banyak dengan pemandangan kehijauan yang segar |
![]() |
Kawah Batu |
![]() |
Glamping Rancabali |
![]() |
Tangkuban Perahu |
![]() |
Trans Studio Bandung |
2) Banda Aceh
Pantai: Abadikan saat indah anda mandi-manda atau “surfing” di pantai Lampuk yang airnya jernih seperti kristal dengan berlatarbelakangkan gunung-ganang. Pasirnya yang lembut, airnya yang dipenuhi ikan-ikan dan ketinggian ombaknya yang sempurna membolehkan anda berenang sepuas hati, ber”sunbathing” selama mana anda mahu dan juga ber”surfing” bersama rakan-rakan. Turut tersedia ialah gerai-gerai tempatan yang menjual air kelapa segar serta ikan bakar. Salah satu pantai tersebut ialah pantai Lampuk.
![]() |
3) Lombok
Lombok kini semakin mencuri perhatian para pelancong kerana ia mampu memberikan percutian di dalam sebuah dunia yang jauh dari keriuhan kota dan sentuhan pembangunan. Destinasi-destinasi mempesonakan di pulau ini begitu banyak dan terpelihara dengan sempurna sekali. Untuk makluman, Lombok juga turut dikenali sebagai “the better Bali” di kalangan para pelancong.
![]() |
![]() |
Gili Kedis – pulau kecil yang berpasir putih, berbatu karang unik dan kejernihan air yang memperlihatkan ikan-ikan berwarna-warni pasti akan membuatkan anda teruja |
![]() |
Pantai Semeti – turut dikenali sebagai pantai Krypton, batu-batunya yang berlapis memastikan gambar Instagram anda confirm awesome dan menarik |
4) Surabaya
Gunung Bromo ini sangat cantik kerana nampak matahari sedang terbenam dan dapat merasai pengalaman perlahan-lahan matahari itu terbenam sedikit demi sedikit dari terang hinggalah gelap.
Sekiranya anda ingin mengambil gambar seolah-olah berada di negara Jepun, Surabaya mempunyai Hutan Bambu dan Taman Sakura yang terkenal dengan pelbagai jenis bunga-bungaan yang tersusun rapi mengikut warna seperti putih, jingga, merah, ungu, merah jambu dan kuning. Kalau nak buat pre-wedding atau post-wedding photoshoot ini adalah salah satu lokasi yang anda boleh shortlistkan.
5) Padang
Sebut sahaja Padang, Indonesia, perkara pertama yang akan kita bayangkan ialah makanannya. Sememangnya Padang terkenal sebagai syurga makanan buat para pelancong. Kalau anda seorang kaki makan, bersiap sedialah untuk berat badan anda bertambah berkilo-kilogram.
![]() |
Resto Selamat (rendang) |
![]() |
Sate Danguang (sate padang) |
![]() |
Gili (Gulai Itiak Lado Ijau) (gulai itiak) |
![]() |
Apollo Seafood (ikan balado) |
6) Bali
Tidak lengkap rasanya senarai ini sekiranya tidak memasukkan Bali sebagai salah satu destinasi pelancongan di Indonesia.
First thing first, sekiranya anda mengambil keputusan untuk bercuti ke Bali, pastikan anda sekurang-kurangnya meluangkan masa 1 minggu di pulau ini. Terlalu banyak tempat best yang boleh anda lawati. Antaranya seperti:-
Sumber : Beautifulnara
Post a Comment