Header Ads

"Esok, Sekali Lagi Darah & Air Mata Akan Membasahi Bumi Gaza", Zionis Israel Sedang Buat 'Persiapan' & Ini Yang Bakal Dihadapi Rakyat Gaza Pada 30 Mac 2019!



Serangan Zionis Israel terhadap Gaza sudah dimulakan pada hari Isnin lalu. Tentera Israel melakukan serangan terhadap Hamas di Semenanjung Gaza, beberapa jam selepas serangan roket dari Palestin terkena sebuah rumah di Tel Aviv yang mendapat perhatian seluruh dunia dan ini bukan kali pertama mereka melakukan serangan bom pada negara Islam tersebut.

Semalam, Heliza Helmi ada buat perkongsian di laman Instagramnya, memetik laporan dari satu-satunya pelajar Malaysia, Nadir Al-Nuri yang berada di bumi Gaza dan sering berkongsi tentang berita dari semasa ke semasa berkaitan rakyat Gaza. 

Terbaru, menurut laporan Nadir Al-Nuri, rejim Zionis Israel sedang membuat 'persiapan' untuk berhadapan dengan pemuda Gaza yang akan melakukan perarakan aman. 

Laporan ini diminta agar dikongsikan kepada ramai agar semua umat Islam seluruh dunia tahu apa yang bakal dihadapi oleh rakyat Gaza pada hari esok.

Semoga kemenangan berpihak pada umat Islam Gaza. Semoga Allah timpakan balasan setimpal pada rejim Zionis. Aminnn.

Ikuti entri penuh di bawah. 

AYUH PEKA APA YANG BAKAL DIDEPANI GAZA PADA SABTU, 30 MAC INI

Zionis Israel sedang bersiap-siaga mengerah segala kekuatan mereka di sempadan Gaza.

Tetapi mereka bukan merancang untuk masuk ke Gaza.


Mereka sedang bersiap untuk berdepan dengan peserta ulangtahun pertama perarakan aman The Great Return March pada hari Sabtu, 30 Mac ini.

Mereka mengerahkan kereta kebal Merkava untuk berdepan dengan pemuda yang akan berarak dengan membawa sepanduk dan bendera.


Mereka mengerahkan ribuan tentera dengan kelengkapan Tafor dan sniper untuk berdepan kanak-kanak yang membawa bawang untuk menahan bau gas pemedih mata.


Mereka menyiapkan puluhan dron pesawat tanpa juruterbang dan kereta berperisai untuk berdepan wanita yang datang membawa bekal air dan kuaci.

Darah dan air mata akan membasahi bumi Gaza sekali lagi

Sabtu ini, sekali lagi darah dan air mata akan membasahi bumi Gaza.

Dan sekali lagi, peristiwa berdarah ini akan diwakili rakyat Malaysia tunggal sebagai tanda solidariti.


Ikut ketat-ketat, kerana tiada yang tahu pengakhiran hari ini yang bakal dicatat sebagai sejarah umat.

Dan kongsikan, agar rakyat tahu apa yang Gaza bakal berdepan.

Untuk liputan info dan berita segera Palestin, serta perkongsian projek dan gambar-gambar LIVE dari Gaza, sertai telegram Terkini dan Sensasi Palestin melalui link t.me/palestinterkini

Sumber : Instagram Nadir Al-Nuri

No comments

Powered by Blogger.
a